Pernahkah anda tertanya antara pinjaman perumahan kerajaan dengan pinjaman bank yang MANA PILIHAN TERBAIK?
Daripada pengetahuan saya sendiri, kadar faedah pinjaman perumahan
kerajaan adalah 4% dan bank dengan kadar faedah antara 5%-7% bergantung
kepada jumlah pinjaman. Kadar faedah bagi pinjaman perumahan setiap
bank adalah tidak sama.
Sememangnya kami akui bahawa membuat Pinjaman Perumahan Kerajaan itu
lebih mudah berbanding pinjaman perumahan dengan Institusi Kewangan
lain. Dengan memilih membuat pinjaman bersama kerajaan ia merupakan
jalan yang bijak dan tiada cacat celanya. Istilah menarik untuk
pinjaman perumahan adalah sangat subjektif dan secara keseluruhanya
bergantung kepada objektif dan kemampuan bakal pembeli hartanah
terbabit. Sebenarnya, tiada satu pun pakej pinjaman perumahan yang
boleh memenuhi semua kehendak pelabur. Setiap pakej mempunyai
keistimewaan dan kekurangan masing-masing (plus & minus point)
bergantung kepada objektif bakal pelabur.
Eleman-eleman utama yang perlu diutamakan dalam memilih pakej pinjaman perumahan ialah :
Kadar Faedah..
Jika saudara adalah kakitangan kerajaan, adalah amat berbaloi
menggunakan kemudahan
pinjaman kerajaan. Ini kerana faedah pinjaman
berkadar tetap pada kadar
4% amatlah baik dan tidak ditawarkan oleh mana-mana institusi kewangan yang lain.
Pada masa yang sama kaedah pengiraan faedahnya pula berdasarkan ‘baki
pinjaman tertunggak pada kadar baki yang berkurangan’ dan ini amatlah
menguntungkan kakitangan kerajaan yang menggunakan kemudahan ini.
Sekiranya berpeluang guna kemudahan pinjaman perumahan kerajaan,
dapatkannya kerana ianya amat berbaloi…
Jika
ingin memilih pinjaman perumahan dari institusi kewangan, pastikan
ianya menggunakan kadar harian atau ‘daily rest’ yang mana pengiraan
faedahnya dikira ke atas ”reducing balance”. Biasanya kadar faedahnya
dikira berdasarkan BLR semasa yang pasti turun dan naik mengikut ekonomi
semasa yang pastinya kadar faedahnya lebih tinggi berbanding pinjaman
perumahan kerajaan yang dikenakan pada kadar tetap 4% sepanjang tempoh
pinjaman.
Kadar BLR untuk setiap bank patut disemak terlebih dahulu dan
seterusnya menilai pakej pinjaman yang ditawarkan. Semakin rendah kadar
faedah, maka jumlah faedah yang perlu dibayar sepanjang tempoh pinjaman
akan menjadi lebih sedikit.
Bagi pakej pinjaman Islamik, kadar faedah akan ditetapkan pada 10%
maksimum walaupun BLR bank terbabit meningkat sehingga 13%. Kebanyakan
bank-bank utama seperti CIMB dan Public Bank menawarkan pakej Islamik
seperti ini.
Perlindungan..
Untuk Pinjaman bersama Institusi Kewangan lain (BANK) tidak akan
menerima mana-mana peminjam yang berusia atau pun sudah tua. Pinjaman
bersama Institusi Kewangan lain akan menolak pinjaman jika pembeli
menghadapi penyakit kritikal seperti Strok, Kanser dll. Tetapi…
Kalau kita lihat perbezaan dari segi Pinjaman Kerajaan amatlah
berbeza kerana kerajaan akan memberi perlindungan kepada peminjam,
sebagai contoh untuk kes bunuh diri dan gila. Kerajaan juga akan
melindungi pasangan jika berlakunya kematian pada pihak pasangan atau
anak.
(Free underwriting bermaksud untuk
penyakit kritikal akan terus diberi perlindungan tanpa perlu membuat
pemeriksaan kesihatan secara terperinci)
(CTOS- Credit Tip Off Service, agensi yang mengumpul maklumat jika
terdapat bankrupsi dan saman terhadap individu atau syarikat dan
maklumat tersebut akan didaftarkan ke dalam pangkalan elektronik mereka)
(CCRIS-Central Credit Reference Information System, sistem pangkalan
data berkomputer yang menyimpan maklumat yang telah dilaporkan oleh
setiap institusi kewangan)
Kebanyakan bank mengenakan kadar faedah berdasarkan BLR (Base Landing
Rate) atau BFR (Base Financing Rate). Sekiranya kadar BLR atau BFR ini
naik, bank akan memanjangkan tempoh pinjaman atau meminta peminjam untuk
menambahkan amaun bayaran bulanan. Berikut adalah
Kadar Pinjaman Asas (Base Lending Rate) terkini yang ditawarkan oleh institusi perbankkan di Malaysia yang telah dikemaskini oleh
Banking Info pada
17/11/2011 untuk dijadikan rujukan.
|
Base Lending Rate (BLR & BFR)
|
|
|
No. |
Banking Institution |
With Effect From
|
BLR (% p.a.)
|
1 |
Affin Bank Berhad |
12/05/2011
|
6.60
|
2 |
Alliance Bank Malaysia Berhad |
13/05/2011
|
6.60
|
3 |
Alliance Islamic Bank Berhad |
15/08/2011
|
6.60
|
4 |
AmBank (M) Berhad |
13/05/2011
|
6.60
|
5 |
Bangkok Bank Berhad |
13/05/2011
|
6.60
|
6 |
Bank of America Malaysia Berhad |
13/07/2010
|
6.30
|
7 |
Bank of China (Malaysia) Berhad |
21/11/2011
|
6.60
|
8 |
Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ (Malaysia) Berhad |
11/05/2011
|
6.25
|
9 |
CIMB Bank Berhad |
11/05/2011
|
6.60
|
10 |
Citibank Berhad |
16/05/2011
|
6.60
|
11 |
Deutsche Bank (Malaysia) Berhad |
13/05/2011
|
6.50
|
12 |
EON Bank Berhad |
13/05/2011
|
6.60
|
13 |
Hong Leong Bank Berhad |
13/05/2011
|
6.60
|
14 |
HSBC Bank Malaysia Berhad |
12/05/2011
|
6.60
|
15 |
J.P. Morgan Chase Bank Berhad |
15/07/2010
|
6.20
|
16 |
Malayan Banking Berhad |
11/05/2011
|
6.60
|
17 |
OCBC Bank (Malaysia) Berhad |
12/05/2011
|
6.60
|
18 |
Public Bank Berhad |
11/05/2011
|
6.60
|
19 |
RHB Bank Berhad |
11/05/2011
|
6.60
|
20 |
Standard Chartered Bank Malaysia Berhad |
13/05/2011
|
6.60
|
21 |
Sumitomo Mitsui Banking Corporation |
13/05/2011
|
6.55
|
22 |
The Bank of Nova Scotia Berhad |
16/05/2011
|
6.60
|
23 |
The Royal Bank of Scotland Berhad |
12/05/2011
|
6.25
|
24 |
United Overseas Bank (Malaysia) Berhad |
12/05/2011
|
6.60
|
|
|
|
|
|
FORMULA
1) Jumlah bayaran balik
=
(jumlah pinjaman x kadar faedah x tempoh pinjaman ) + jumlah pinjaman
tempoh pinjaman (dalam bulan)
2) Pendahuluan (deposit ) = 10% x harga rumah/pinjaman.
Nota / panduan :
1) Bagi institusi kewangan yang menawarkan sistem perbankan syariah, kadar
Base Finance Rate (BFR) adalah sama dengan
Base Lending Rate (BLR) yang membezakan hanya pada harga jualan iaitu islamik banking adalah lebih murah berbanding bank konvensional.
2) Kadar Faedah Pinjaman Perumahan kerajaan - 4.00%
3) Pengiraan ini hanyalah cadangan semata-mata ia mungkin berbeza sedikit dari jumlah bayaran bank sebenar anda.
4) Jumlah bayaran bulanan adalah tidak termasuk dengan jumlah bayaran perlindungan takaful.
PERSOALAN???
Ramai orang yang bertanya tentang pertukaran pinjaman dari pinjaman
bank ke pinjamaan bank. Mengapa hal ini berlaku?? Kenapa orang bersusah
payah mengambil pinjaman bank kemudian bertukar kepada pinjaman
kerajaan???
Antara faktor-faktor yang menyebabkan peminjam menukar dari pinjaman bank ke pinjaman kerajaan kerana:
1) Peminjam belum disahkan jawatan. Peminjam yang masih baru dalam
pekerjaan dan belum disahkan jawatan tidak boleh memohon pinjaman dari
BPPP.
2) Mengambil kesempatan dengan harga rumah yang masih rendah.
3) Lokasi rumah yang dibeli berdekatan dengan tempat kerja.
4) Peminjam jatuh cinta dengan rumah yang dibeli.
Setelah disahkan jawatan dan kerap kali kakitangan kerajaan akan memohon pinjaman kerajaan kerana pinjaman kerajaan mempunyai:
- kadar faedah yang rendah.
- manfaat keuntungan yang menarik.
Kesimpulannya…
- Kadar keuntungan yang diambil oleh Kerajaan sebanyak 4% adalah
berdasarkan baki berkurangan setiap bulan. Kalau nak banding dengan loan
bank konvesional adalah 2%..
- Ketika membuat bayaran balik, hutang kita akan berkurang setiap
bulan dan 4% kadar faedah tersebut dikira atas baki hutang yang
berkurang tersebut dan bayaran bulanan akan tetap sama setiap bulan,
kerana kadar faedah tersebut telah diambil kira untuk sepanjang tempoh
pinjaman.
- Oleh itu, ramai orang telah convert dari pinjaman bank ke pinjaman kerajaan.
- Kepada kakitangan kerajaan, setelah dibaca dan diteliti dengan
kajian yang telah dibuat, kamu semua tahukan menilai yang mana satu yang
lebih baik dan berbaloi untuk kakitangan kerajaan….jadi renungkan dan
fikirlah apa yang terbaik…
*Artikel ini adalah sekadar panduan kasar yang berdasarkan senarai
rujukan di bawah. Jika ada percanggahan, rujukan muktamad adalah
mengikut agensi-agensi yang berkaitan.
________________________________________________________________________
Disediakan oleh : Norfarahind Md Nasir/Politeknik Port Dickson/N.Sembilan/Mac2012
Dikemaskini oleh : Siti Zawiyah Shuib/UiTM Melaka/Melaka/Mac2013
Rujukan :
1. Pakar Perunding Pinjaman Perumahan Kerajaan
Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan - En. Halim b. Dawan
2. Bank CIMB Jalan Hang Tuah Branch – Cik Rozie Ahmad
3. http://www.drumah.com/kalkulator-pinjaman
4. http://www.mdanif.com/2012/02/kadar-pinjmana-asas-blr-kekal-untuk.html#axzz26pif4x5H
5. Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Putrajaya.
6. Bank – Hong Leong Bank dan Bank Simpanan Malaysia.
sumber dari : http://www.mohdelam.com/mortgage-4/panduan/pinjaman-kerajaan-vs-pinjaman-bank/