Michael (kanan) ketika membentangkan Laporan Kajian Industri Hartanah 2014 di
Wisma Rehda, Kelana Jaya, semalam.
PELAKSANAAN cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bermula April 2015 akan memberi impak negatif ke atas industri hartanah, sekali gus memberi kesan terhadap kenaikan harga rumah terutama kepada pembeli rumah mampu milik.
Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda), Datuk Seri Michael KC Yam berkata, selain pelaksanaan GST, kenaikan harga rumah juga didorong oleh beberapa faktor iaitu kesukaran pemaju mendapatkan pekerja selain soal gaji dan kekurangan pekerja.
“Faktor kedua adalah disebabkan kenaikan harga dan kekurangan bekalan bahan binaan utama seperti simen, bar keluli, pasir dan batu-bata.
“Pemain industri merasakan adalah perlu untuk melanjutkan penarafan cukai sifar ke atas bahan binaan utama ini bagi membantu menguruskan aliran tunai dengan lebih baik,” katanya selepas mengumumkan Laporan Kajian Industri Hartanah Rehda, di Kelana Jaya, semalam.
Menurutnya, pelaksanaan GST akan menyebabkan tambahan kos lain yang mana pemaju juga berdepan cukai sedia ada iaitu setem duti, cukai keuntungan harta tanah, levi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan cukai perkhidmatan.
“Kami juga mahu agar kerajaan mempertimbangkan semula cadangan untuk menaikkan setem duti kepada empat peratus dan mengekalkan kadar maksimum tiga peratus seperti dinikmati sektor hartanah sekarang,” katanya.
Sementara itu, hasil kajian laporan itu ke atas 150 pemaju dari 12 negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendapati jumlah pelancaran unit perumahan bagi tahun kedua 2013, menurun berbanding tahun sama sebelumnya.
“Prestasi jualan turut mencatat penurunan 20 peratus berbanding separuh tahun pertama 2013. Bagaimanapun pembeli tempatan masih mendominasi pasaran hartanah dan pembelian adalah bagi tujuan kediaman sendiri,” kat
sumber dari :http://www.sinarharian.com.my/bisnes/gst-bakal-naik-harga-rumah-1.258915
GST bakal naik harga rumah

Kadar Dasar Semalaman (OPR) naik kepada 3.25%
Selepas suatu tempoh yang panjang tidak dinaikkan Bank Negara Malaysia (BNM) semalam mengumumkan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 3.25%. Kali terakhir kenaikan adalah pada Mei 2011 dan kenaikan ini menurut BNM adalah berikutan pemulihan keadaan ekonomi global yang semakin baik dan aktivitieksport dan swasta yang semakin kukuh.
Berikutan kenaikan OPR ini, bank-bank dijangkakan akan mengumumkan kenaikan kadar pinjaman masing-masing yang mungkin akan diumumkan dalam beberapa hari lagi.
Bagi mereka yang merancang untuk membeli rumah atau hartanah…. bolehlah membuat kira-kira semula pinjaman anda berdasarkan kadar baru… atau mungkin ada sesetengah bank yang masih menggunakan pakai kadar semasa jika anda memohon pada hari ini.. sila semak dengan bank anda.
Berikut adalah berita lanjut seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online:-

Kadar OPR kini naik kepada 3.25%KUALA LUMPUR 10 Julai – Kadar dasar semalaman (OPR) dinaikkan sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara hari ini.Bank pusat itu berkata, berikutan itu, kadar terendah dan kadar tertinggi koridor OPR masing-masing dinaikkan kepada 3.00 peratus dan 3.50 peratus.Menurutnya, ekonomi global telah kembali pulih secara beransur-ansur selepas menjadi sederhana pada suku pertama, dan aktiviti ekonomi di negara-negara maju utama terus berkembang pada kadar yang sederhana.Ujarnya, pertumbuhan ekonomi di Asia disokong oleh sektor luaran yang bertambah baik di samping keadaan permintaan dalam negeri yang terus berkembang dan dalam persekitaran ini, pasaran kewangan antarabangsa telah secara relatif kekal stabil.“Bagi ekonomi Malaysia, penunjuk terkini menunjukkan eksport dan aktiviti sektor swasta terus kukuh. Pada masa hadapan, momentum pertumbuhan secara keseluruhan dijangka berterusan dan eksport akan terus mendapat manfaat daripada pemulihan dalam ekonomi maju dan permintaan serantau.“Aktiviti pelaburan dijangka kekal teguh, didorong oleh sektor swasta. Penggunaan swasta akan disokong oleh pertumbuhan pendapatan yang stabil dan keadaan pasaran pekerja yang menggalakkan. Oleh itu, prospek ekonomi Malaysia dijangka terus kukuh pada landasan pertumbuhan yang stabil,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Tambahnya, inflasi secara relatif adalah stabil disebabkan kesan daripada pelarasan harga bagi utiliti dan tenaga terus menjadi sederhana.
sumber dari :http://tipshartanah.com/2014/07/kadar-dasar-semalaman-opr-naik-kepada-3-25/
Subsidi Hingga RM30,000 Bagi Pembeli Yang Layak Menerusi Program MyHome 13/2/2014
PUTRAJAYA: Program MyHome akan dilancarkan April ini bagi membolehkan pembeli rumah yang layak diberikan subsidi maksimum sehingga RM30,000 untuk mereka membeli rumah terpilih pada harga kos rendah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat pertama Majlis Perumahan Negara, yang dipengerusikan beliau pada Khamis.
Beliau berkata, mesyuarat juga bersetuju memperuntukkan RM300 juta tahun ini bagi menjayakan program berkenaan, yang disasar untuk melibatkan 10,000 unit rumah.
Katanya menerusi program itu, subsidi akan diberikan kepada pemohon yang layak untuk membeli pada harga rumah kos rendah mengikut definisi yang ditetapkan kerajaan negeri.
"Misalnya kalau kerajaan negeri menetapkan rumah kos rendah pada harga RM40,000, sedangkan pemaju terpaksa menjual rumah pada harga RM70,000, maka kalau pemaju dan pembeli berkenaan layak untuk mengambil bahagian dalam skim ini, maka rumah RM70,000 akan dijual pada harga RM40,000, dan baki RM30,000 dibayar kerajaan," katanya dalam persidangan media selepas mempengerusikan mesyuarat itu di bangunan Perdana Putra di sini.
sumber dari : http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2014/2/13/mstar_berita/20140213140401&sec=mstar_berita
Harga bahan binaan dijangka meningkat
PASIR GUDANG - Menteri
Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk
Abdul Rahman Dahlan akan berjumpa dengan Persatuan Pemaju Perumahan dan
Hartanah (Rehda) dalam masa terdekat berhubung pengumuman beliau
mengenai kenaikan harga rumah sehingga 10 peratus.
Benarkah pinjaman perumahan membebankan?
Pada hemat saya – membebankan atau tidak – adalah bergantung kepada situasi kewangan anda. Ia adalah subjektif dan individu yang berbeza pastinya memberikan persepsi yang berbeza berdasarkan status kewangan mereka. RM50 mungkin jumlah yang besar bagi sesetengah individu dan sebaliknya jumlah yang kecil bagi individu yang lain.
Pada asasnya polisi-polisi berkaitan pinjaman perumahan adalah bergantung kepada keadaan ekonomi semasa negara termasuklah Base Lending Rate (BLR), average market value untuk kawasan tertentu, syarat minimum untuk seseorang layak ditawarkan pinjaman perumahan, dan sebagainya. Institusi-insitusi kewangan, walaupun memiliki polisi-polisi tersendiri, bergantung kepada keadaan ekonomi negara. Justeru situasi yang tidak menentu seperti kegawatan ekonomi pada tahun 1997 memeberi impak yang negatif kepada institusi-institusi kewangan dan pinjaman perumahan.
Perlu diberi perhatian yang institusi-institusi kewangan juga menjalankan perniagaan dan mengambil risiko dalam menawarkan pinjaman perumahan justeru jangan kita sesekali menafikan hak mereka di dalam urusan pinjaman perumahan ini.
Perkara yang paling penting ialah menilai dahulu kemampuan anda untuk membuat pinjaman. Kaji dahulu pilihan yang ada. Dalam erti kata yang lain jangan bergantung kepada satu institusi kewangan sahaja untuk memohon pinjaman perumahan. Ini adalah kerana institusi kewangan yang berlainan mempunyai polisi yang berlainan dan menawarkan pakej pinjaman perumahan yang berlainan. Buat kiraan dengan teliti & pastikan anda tahu dengan jelas berapa yang perlu anda bayar untuk pinjaman perumahan setiap bulan (installment). Walaupun anda berpeluang besar atau “sipi-sipi” sahaja untuk ditawarkan pinjaman perumahan, harus diingat yang anda juga perlu mengeluarkan wang untuk komitmen yang lain setiap bulan. Bak kata pepatah – ukur baju di badan sendiri
.
Pada masa yang sama, lihat dengan teliti features yang ditawarkan untuk pakej pinjaman perumahan yang anda terima. Anda boleh berbincang dengan perunding hartanah atau banker untuk mendapatkan keputusan yang terbaik dan berbaloi untuk anda – untuk sekarang dan juga masa hadapan kerana anda mungkin anda akan membuat bayaran bulanan selama belasan atau puluhan tahun yang akan datang.
Kebiasaannya berapa peratus pinjaman dan pembiayaan pembelian rumah yang ingin ada ambil dan tempoh pinjaman adalah bergantung kepada anda. Baca dengan teliti dokumen perjanjian perumahan yang anda tandatangani.
Keputusan akhir samada untuk memberi komitmen kepada pinjaman perumahan ada pada anda. Menandatangani surat perjanjian pinjaman dengan institusi kewangan yang terbabit bermakna anda setuju untuk “membebankan” diri anda dengan bayaran pinjaman perumahan tersebut. Justeru janganlah disalahkan sesiapa pun sekiranya sampai pada satu tahap di mana anda merasakan pinjaman perumahan tersebut membebankan.
Sekiranya anda benar-benar terasa terbeban dengan pinjaman perumahan yang anda tanggung (atau terpaksa tanggung), kaji pilihan yang anda ada seperti menjual hartanah tersebut untuk membebaskan anda dari pinjaman perumahan tersebut (walaupun anda mengalami sedikit kerugian) atau refinance untuk mengurangkan bayaran bulanan yang perlu anda bayar.
Pilihan di tangan anda.
Harga bahan binaan dijangka meningkat
Kenaikan bawah 10 peratus tidak beri kesan ketara: MBAM
HARGA bahan mentah untuk sektor pembinaan dijangka meningkat tahun ini berikutan peningkatan dalam permintaan sejajar kerancakan semula sektor itu, kata Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM).
Presidennya, Kwan Foh Kwai, berkata buat masa ini kenaikan berkenaan dijangkakan terkawal pada kadar tidak melebihi 10 peratus, justeru tidak akan memberikan kesan ketara kepada sektor itu.
Bagaimanapun, katanya, jika harganya tidak dapat dikawal sehingga naik melebihi 10 peratus, maka peserta industri akan mengambil langkah mengimport bahan mentah berkenaan bagi melaksanakan projek termasuk beberapa projek permulaan (EPP) di negara ini.
“Jika ini berlaku, kos pembinaan untuk membangunkan projek terbabit dijangka meningkat lebih tinggi,” katanya pada sidang media selepas majlis memeterai perjanjian pembangunan kursus pendidikan industri pembinaan antara MBAM dengan Open University Malaysia (OUM) di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau memeterai perjanjian itu bagi pihak MBAM, manakala OUM diwakili Presiden dan Naib Canselornya, Prof Emeritus Tan Sri Anuwar Ali.
Foh Kwai berkata, sektor pembinaan tempatan akan kembali rancak serta meraih manfaat besar tahun ini disokong oleh pelaksanaan projek menerusi Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) dan EPP melalui Program Transformasi Ekonomi (ETF).
Beliau juga berkata, pada asasnya sektor pembinaan dijangka berkembang positif menjejaki unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Setakat ini, projek bernilai lebih RM4 bilion sudah diberikan kepada kontraktor tempatan, antaranya pakej 2 pembinaan lapangan terbang tambang murah (LCCT) yang dianugerahkan kepada Gadang bernilai RM291juta; Kompleks Bersepadu LCCT kepada WCT (RM486 juta); EmpanganHulu Terengganu kepada Loh & Loh-Sinohydro (RM828 juta); dan Empangan Paya Beda kepada JAKS (RM333 juta).
Berikutan itu, sektor pembinaan berada pada landasan kukuh mencapai sasaran pertumbuhan sebanyak 4.9 peratus tahun lalu sejajar dengan unjuran pertumbuhan ekonomi antara enam hingga tujuh peratus.
Sementara itu, menerusi perjanjian dimeterai semalam, MBAM dan OUM akan bekerjasama membangunkan kursus pendidikan dalam industri pembinaan bagi melahirkan lebih ramai kakitangan pada peringkat pengurusan serta penyeliaan dalam sektor itu.
Foh Kwai berkata, berkata langkah itu adalah tepat pada masanya kerana terdapat keperluan kritikal untuk menggantikan kumpulan pekerja industri pembinaan mahir yang kebanyakannya sudah berusia.
SUMBER DARI :
http://www.bharian.com.my/articles/Hargabahanbinaandijangkameningkat/Article/
PASIR GUDANG - Menteri
Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk
Abdul Rahman Dahlan akan berjumpa dengan Persatuan Pemaju Perumahan dan
Hartanah (Rehda) dalam masa terdekat berhubung pengumuman beliau
mengenai kenaikan harga rumah sehingga 10 peratus.
Abdul Rahman mahu Presiden
Rehda, Datuk Seri Michael Yam Kong Choy menjelaskan kuantum yang
mewajarkan kenaikan yang disifatkan terlalu tinggi dan tidak munasabah
itu.
"Saya faham dengan situasi yang dihadapi oleh pihak yang terlibat
tetapi saya juga perlu tahu kenapa harga rumah tersebut perlu naik
sebegitu tinggi antara 10 hingga 15 peratus.
"Oleh itu, saya akan berjumpa dengan presiden Redha dalam masa sehari
dua ini bagi membincangkan tentang isu tersebut termasuk langkah bagi
mengelakkan kenaikan harga rumah yang begitu tinggi," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perjumpaan
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Bersama Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor di sini hari ini.
Turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Michael Yam sebelum ini dilaporkan berkata peningkatan harga rumah itu
adalah berikutan pengurangan subsidi minyak sebanyak 20 sen oleh
kerajaan.
Abdul Rahman membidas kenyataan itu dan menyifatkan alasan kenaikan tersebut sebagai tidak munasabah serta akan membebankan pembeli.
KPKT katanya, turut membuat kajian berhubung kesan daripada pengurangan subsidi tersebut termasuk terhadap sektor perumahan.
"Kita ada membuat perkiraan
mengenai kenaikan harga rumah tetapi ia hanya sehingga empat peratus.
Kalau ada campur tangan kerajaan, harga itu tidak akan naik sebegitu
tinggi.
"Bukan kita mahu mereka akur dengan keputusan kerajaan sebaliknya
adalah lebih elok kita berbincang dan menangani masalah ini secara
bersama," katanya. - Bernama
Sumber dari : http://www.sinarharian.com.my/abdul-rahman-bidas-rehda-umum-harga-rumah-naik-10-1.199934
Pinjaman Perumahan Membebankan?
Di dalam urusan jual beli rumah pada hari ini, pinjaman perumahan menjadi suatu perkara yang lazim untuk membolehkan seseorang pembeli mampu membeli rumah yang diidamkan. Sepanjang pengalaman saya mengendalikan urusan jual beli rumah, hanya segelintir sahaja yang mampu untuk membeli rumah atau hartanah secara tunai (cash).
Ungkapan seperti ”Saya perlu jual rumah ini dengan segera sebab dah tak tahan lagi nak bayar installment bulan-bulan” atau “memang pinjaman perumahan yang saya bayar ni membebankan.. dah berapa tahun dah asyik bayar tapi interest pun tak habis-habis lagi.. pinjaman pokok lagilah.. bila nak habis bayar macam ni?“ sudah biasa saya dengar dan alami terutamanya dari mereka yang ingin mendapatkan bantuan menjual rumah.Benarkah pinjaman perumahan membebankan?
Pada hemat saya – membebankan atau tidak – adalah bergantung kepada situasi kewangan anda. Ia adalah subjektif dan individu yang berbeza pastinya memberikan persepsi yang berbeza berdasarkan status kewangan mereka. RM50 mungkin jumlah yang besar bagi sesetengah individu dan sebaliknya jumlah yang kecil bagi individu yang lain.
Pada asasnya polisi-polisi berkaitan pinjaman perumahan adalah bergantung kepada keadaan ekonomi semasa negara termasuklah Base Lending Rate (BLR), average market value untuk kawasan tertentu, syarat minimum untuk seseorang layak ditawarkan pinjaman perumahan, dan sebagainya. Institusi-insitusi kewangan, walaupun memiliki polisi-polisi tersendiri, bergantung kepada keadaan ekonomi negara. Justeru situasi yang tidak menentu seperti kegawatan ekonomi pada tahun 1997 memeberi impak yang negatif kepada institusi-institusi kewangan dan pinjaman perumahan.
Perlu diberi perhatian yang institusi-institusi kewangan juga menjalankan perniagaan dan mengambil risiko dalam menawarkan pinjaman perumahan justeru jangan kita sesekali menafikan hak mereka di dalam urusan pinjaman perumahan ini.
Perkara yang paling penting ialah menilai dahulu kemampuan anda untuk membuat pinjaman. Kaji dahulu pilihan yang ada. Dalam erti kata yang lain jangan bergantung kepada satu institusi kewangan sahaja untuk memohon pinjaman perumahan. Ini adalah kerana institusi kewangan yang berlainan mempunyai polisi yang berlainan dan menawarkan pakej pinjaman perumahan yang berlainan. Buat kiraan dengan teliti & pastikan anda tahu dengan jelas berapa yang perlu anda bayar untuk pinjaman perumahan setiap bulan (installment). Walaupun anda berpeluang besar atau “sipi-sipi” sahaja untuk ditawarkan pinjaman perumahan, harus diingat yang anda juga perlu mengeluarkan wang untuk komitmen yang lain setiap bulan. Bak kata pepatah – ukur baju di badan sendiri
.
Pada masa yang sama, lihat dengan teliti features yang ditawarkan untuk pakej pinjaman perumahan yang anda terima. Anda boleh berbincang dengan perunding hartanah atau banker untuk mendapatkan keputusan yang terbaik dan berbaloi untuk anda – untuk sekarang dan juga masa hadapan kerana anda mungkin anda akan membuat bayaran bulanan selama belasan atau puluhan tahun yang akan datang.
Kebiasaannya berapa peratus pinjaman dan pembiayaan pembelian rumah yang ingin ada ambil dan tempoh pinjaman adalah bergantung kepada anda. Baca dengan teliti dokumen perjanjian perumahan yang anda tandatangani.
Keputusan akhir samada untuk memberi komitmen kepada pinjaman perumahan ada pada anda. Menandatangani surat perjanjian pinjaman dengan institusi kewangan yang terbabit bermakna anda setuju untuk “membebankan” diri anda dengan bayaran pinjaman perumahan tersebut. Justeru janganlah disalahkan sesiapa pun sekiranya sampai pada satu tahap di mana anda merasakan pinjaman perumahan tersebut membebankan.
Sekiranya anda benar-benar terasa terbeban dengan pinjaman perumahan yang anda tanggung (atau terpaksa tanggung), kaji pilihan yang anda ada seperti menjual hartanah tersebut untuk membebaskan anda dari pinjaman perumahan tersebut (walaupun anda mengalami sedikit kerugian) atau refinance untuk mengurangkan bayaran bulanan yang perlu anda bayar.
Pilihan di tangan anda.
No comments:
Post a Comment