Wednesday, May 16, 2012

Skim Rumah Pertamaku: Pembeli Disaran Rujuk Pihak Bank


       Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) meminta golongan muda yang ingin membeli rumah pertama agar berhubung dengan pihak bank selaku pembiaya Skim Rumah Pertamaku dan bukannya pihak pemaju.
Pengerusinya Datuk Wira Idris Haron berkata hanya pihak bank sahaja yang mampu untuk meluluskan semua permohonan pembelian rumah pertama di bawah skim tersebut.
“Ini kerana pihak bank mempunyai semua data tentang maklumat peminjam sama ada seseorang itu benar-benar pembeli rumah pertama atau sebaliknya.
“Dari situ juga pihak bank boleh mengesahkannya dan sekiranya layak, pembeli rumah pertama di bawah skim tersebut berhak memiliki rumah itu tanpa sebarang bayaran deposit,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Sokongan Didikan Powertek Berhad 2011 di Paya Rumput di sini, Selasa.
Idris berkata golongan muda atau pembeli rumah pertama hanya perlu mencari rumah yang dikehendaki, mengisi borang dan menghantarnya ke 25 buah institusi kewangan terpilih.
Beliau berkata skim tersebut tidak terhad kepada kakitangan kerajaan sahaja di mana kakitangan swasta turut berhak menikmati tawaran skim tersebut dengan syarat mereka adalah pembeli rumah pertama.
Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan pada 8 Mac lepas merupakan inisiatif kerajaan dengan kerjasama Cagamas Bhd dan institusi kewangan bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup serta harga hartanah yang tinggi di lokasi-lokasi tertentu di Malaysia.
Melalui skim tersebut, golongan muda yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM3,000 boleh mendapat pinjaman 100 peratus daripada institusi kewangan terpilih untuk membeli rumah berharga antara RM100,000 dan RM220,000, dengan tempoh pembayaran balik sehingga 30 tahun.
Sementara itu dalam majlis yang sama, sebanyak 18 buah sekolah rendah di negeri ini menerima sumbangan kewangan berjumlah RM77,000 daripada Powertek Berhad di bawah Program Sokongan Didikan Powertek Berhad 2011 yang ketujuh.
Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Powertek Dr Ong Peng Su berkata pihaknya memperuntukkan sebanyak RM164,000 untuk membantu kanak-kanak sekolah mendapat pendidikan berkualiti.
– BERNAMA

Harga hartanah ‘gila’


Gambar Hiasan

Gambar Hiasan
BEKAS Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin mengatakan harga hartanah kediaman di Malaysia adalah terlalu tinggi, dan jauh di luar kemampuan rakyat.
Beliau menggesa kerajaan mempercepatkan langkah-langkah kawalan dan menghentikan tindakan pemaju yang “merosakan” pasaran, mengikut laporan Nanyang Siang Pau pada Isnin lepas.
Beliau menegaskan bahawa kenyataan yang sering di tekankan oleh pemain industri hartanah bahawa harga hartanah di negara ini adalah lebih rendah berbanding beberapa negara jiran adalah mengelirukan.
Veteran Umno ini menegaskan bahawa “kerajaan perlu berhati-hati, mesti melaksanakan dasar-dasar yang memberi manfaat kepada rakyat”.
Pada kenaikan mendadak harga hartanah dalam tempoh dua tahun yang lalu, beliau berkata “harga hartanah naik macam gila”.
Mengenai dakwaan oleh pemaju dan ejen hartanah bahawa tidak ada gelembung hartanah di Malaysia dan harga di sini adalah lebih rendah berbanding di negara-negara seperti Singapura dan Hong Kong, Daim berkata, “Sudah tentu, pendapatan mereka lebih daripada kita”.
Beliau berkata Singapura secara purata, pendapatan mereka lebih tinggi daripada purata rakyat Malaysia, dan Hong Kong pula kerana tanah terhad manakala di Malaysia masih punyai tanah yang banyak.
Beliau mengulangi bahawa pandangan yang dinyatakan oleh ramai pemain dalam industri hartanah adalah mengelirukan.
Beliau berkata kelonggaran kerajaan mengenai cukai keuntungan harta tanah pada masa lalu dan kelonggaran bank pusat ke atas dasar pinjaman dan garis panduan mengenai pinjaman perumahan telah menimbulkan terlalu banyak aktiviti spekulatif dalam industri.
Katanya hartanah mewah adalah di luar jangkauan rakyat Malaysia.
Beliau berkata kerajaan juga perlu jelas bahawa rakyat mahukan sebuah rumah yang mereka mampu dan yang bakal meningkat nilai pada masa akan datang.
Rakyat juga mahu pekerjaan, dengan gaji yang mampu untuk memenuhi keperluan mereka, katanya.
Selepas itu dapat keluar dari institusi atau sekolah yang baik, dan harga barangan yang berpatutan , tambahnya.
“Jika kerajaan mengambil berat keperluan rakyat, mereka tidak akan mempertimbangkan untuk menukar kerajaan,” katanya.
Daim juga bersetuju dengan pelaksanaan dasar gaji minimum tetapi berkata bahawa produktiviti perlu dipertingkatkan seiring. Pada masa yang sama, kerajaan perlu mengawal inflasi, katanya.
Sambil menjelaskan bahawa seseorang yang berpendapatan RM3, 000 sebulan masih mendapati sukar untuk hidup di Kuala Lumpur hari ini, beliau merasakan bahawa gaji minimum yang sepatutnya ditetapkan pada RM1, 200 sebulan.

sumber dari : http://www.drumah.com/harga-hartanah-gila-daim/3295.html

Monday, February 27, 2012

Harga Rumah Di Malaysia Semakin Melonjak Naik? Anda Terasa?


Apabila sebut sahaja topik realiti harga rumah di Malaysia hari ini, ramai yang akan garu dan geleng kepala. Tapi ada juga yang senyum sampai ke telinga melihat situasi sekarang ini. Terutamanya harga rumah di sekitar Kuala Lumpur & Selangor. Adakala ramai yang beranggapan harga rumah yang ditawarkan ketika ini amat menakutkan dan tak masuk akal. Persoalannya, mampukah rakyat biasa membelinya?
Okey kami berikan contoh dan situasi harga rumah di Kuala Lumpur & Selangor. Antaranya :
  •  Di sekitar kawasan Kepong, Manjalara, Segambut untuk harga rumah double storey corner lot (22×75) harganya dah mencecah antara RM500-RM600K. Anda mampu?
  • Harga rumah di Hartamas Semi-D berharga RM1.5 juta. Dah tak main ratus-ratus ribu lagi dah….Kondominimum pun sama, mudah-mudah sahaja boleh cecah RM1.3 juta. Anda mampu?
  • Sama juga dengan di Mont Kiara. Kebanyakan kondo bernilat jutaan ringgit. Kalau di One Menerung, Bangsar dengan 2000sqft kondo dah mencecah RM2.4 juta. Anda mampu?
  • Cheras sekitar Alam Damai – Harga rumah bermula pada harga RM500,000. Anda mampu?
Takkan tiada harga rumah yang mampu milik? Ada tu memang ada. Anda boleh cuba mencari dan mendapatkannya di sekitar :
  • Sijangkang, Kuala Kubu Baru, Banting, Beranang, Bentong, Semenyih, Batang Berjuntai, Kota Puteri. Harga rumah di sana boleh tahan murah lagi. Selain itu, boleh cuba cari juga di sekitar Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa. Masih banyak lagi rumah murah di sana.
  • Ataupun, cubalah mengambil inisiatif mendapatkan rumah lelong. Anda mungkin berpelung mendapatkan harga yang lebih rumah.
Kadang-kadang mentaliti sekarang ini walaupun tak semuanya tapi sebilangan yang mahukan rumah yang mampu milik tetapi bercita-cita besar mahu lokasinya di tengah-tengah Kuala Lumpur, baru urban katanya. Kalau di Bukit Belacan tak mahu, tempat jin bertandang.
Kalau MRT dah siap nanti, lagi mencanak-canak naik harga rumah. Itu sebabnya ramai ejen hartanah yang mengambil peluang ini :
  • Kalau anda nak jual rumah yang berdekatan dengan MRT, ejen hartanah akan memberikan pendapat negetif kepada anda mengatakan kononnya persekitaran akan jadi tak cantik & selesa, bising dengan harapan anda menjual kepadanya kelak.
  • Berlainan pula, kalau anda nak beli rumah berdekatan dengan MRT, ejen hartanah itu meletakkan pada harga yang tinggi dengan disokong kemudahan MRT selain persekitaran yang selesa
Kadang-kadang spekulasi yang melampau-lampau juga penyebabnya. Nah, kami bawakan satu contoh kepada anda. Lihat iklan harga rumah untuk dijual :
Harga rumah RM370,000, padahal 2 tahun lepas baru (2009) bernilai RM250,000.
Kalau nak beli rumah, apa langkah-langkah yang perlu dilakukan antaranya ialah :
  1. Pertama sekali pastinya melihat harga rumah dibuka semasa hari pertama launching. Bukan 3-4 bulan baru nak tengok.
  2. Semak rekod developer/pemaju berkenaan stabil atau tidak.
  3. Kemudian, tengok master plan perancangan kawasan. Adakah developer akan sumbat flat PPRT atau tidak? Kemudahan-kemudahan yang bakal disediakan nanti. Kualiti of work semasa bina rumah tersebut dengan melihat rumah contoh mereka dan beberapa perkara lain lagi. Anda boleh kongsikan juga di ruangan komen di bawah….
  4. Dah berpuas hati kesemuanya, baru boleh ambil keputusan bijak membelinya
Ada yang kata jangan ambil keputusan supaya jangan membeli pada waktu sekarang, betulkah begitu?
  • Ada yang meramalkan harga rumah & hartanah akan jatuh merundum dalam masa terdekat. jadi kepada sesiapa yang beli rumah rumah terlebih nilai sekarang ini untuk pelaburan akan mengalami kerugian besar di masa akan datang.
  • Tetapi, kami kami dengar desas-desus yang mengatakan nilai hartanah kan jatuh merudum, teringat pula kami nilai hartanah pernah hartanah jatuh menjunam dari tahun 97 lagi, tetapi akhirnya meereka-mereka yang masih takut-takut nak beli rumah ini jugalah yang sampai ke sudah tinggal menyewa tuan rumah kaya. yang bijak mengambil kesempatan sibuk rebut rumah yang ada sekarang ini. Akhirnya lihatlah sekarang ini, harga rumah dah mencecah RM400-RM500k.
  • Pendapat anda pula bagaimana?
Ya….kami faham dan rakyat Malaysia juga ada yang faham hartanah tidak boleh statik sahaja. Itu faktanya. Kalau hartanah masih bersifat statik, siapa yang nak buat rumah selepas ini? Siapa yang nak melabur bagi urusniaga jual beli rumah selepas ini? Yang pentingnya harga rumah adalah aset rumah adalah simpanan yang paling menguntungkan selepas emas. Keuntungan cukai pun kerajaan ambil banyak daripada pasaran hartanah di Malaysia. tetapi, tetapi dalam pada masa yang sama perlulah ada satu dasar yang mampu memabntu golongan yang berpendapatan serdahana yang bekerja di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur dan Selangor.
Adakala rakyat terpaksa “berkorban” untuk tinggalkan cita-cita kediaman yang penuh dengan impian dek kerana tak berkemampuan. Jadi sudah tibanya kerajaan Malaysia bertindak serius memantau daan melakukan sesuatu tindakan melihatakan keadaan harga rumah sekarang ini walaupun kerajaan sampai ke hari ini belum lagi berkemampuan untuk mengawal harga ayam.

P/S : Kami tetap menaruh harapan dan keyakinan yang kerajaan mampu melakukan sesuatu….untuk membantu rakyatnya sendiri.

sumber dari :http://businessmalaysia.my/harga-rumah-di-malaysia

Friday, February 10, 2012

Nilai Hartanah Malaysia Semakin Naik

hartanah malaysia 6 Nilai Hartanah Malaysia Semakin Naik & Tiada Property Bubble?
Nilai hartanah Malaysia terus meningkat naik. Siapa yang boleh menyangka harga flet kos rendah dijangka boleh meningkat kepada kepada RM200,000 menjelang 2015 di bandar-bandar utama negara bagi pasaran terbuka. Dah tak lama dah, sekurang-kurangnya 4 tahun daripada sekarang.
Nampak potensinya? Ada yang mengatakan baik beli rumah sekarang, nanti tahun 2015 boleh untung besar. Tetapi, tetapi….ada pendapat mengatakan nanti dulu. Sabar…….Tunggu sekitar tahun 2012 atau 2013 yang mana dijangka akan berlakunya property bubble. Apa pendapat anda?  Kalau melihat pada unjuran yang diberikan bagi peningkatan harga flet kos rendah bukan sesuatu yang mustahil akan berlaku. Sebagai contoh :
Rumah flet seksyen 7 di Shah Alam, Selangor (Pemaju PKNS) sebagai contohnya :
  • Harga yang dibuka untuk dijual pada sekitar tahun 1999 sekitar RM40,000 hingga RM50,000 ( Ada 3 jenis rumah masa itu)
  • Harga flet yang dijual oleh ejen pada tahun 2006 telah mencecah RM65,000 ( Pada masa itu nilai rumah mengikut perkiraan bank sekitar RM59,000)
  • Pada tahun 2008, harga rumah flet tersebut boleh dijual sehingga RM85,000
  • Tahun 2010, harganya sudah mula melambung sekitar RM100,000. Senang-senang boleh jual pada harga tersebut.
Contoh lain pula, nilai hartanah di sekitar Kota Damansara yang melonjak tinggi yang mana dalam 2,3 tahun sahaja harga rumah boleh naik sekali ganda :
  • Pada tahun 2007, harga seunit pangsapuri RM95,000 dan ke atas
  • Tahun 2010, harganya telah meningkat sampai RM185,000
Rumah merupakan satu pelaburan. Daripada masa ke semasa nilai hartanah Malaysia akan meningkat dan terus melambung tinggi. Kalau beli tanah, kemudian buat rumah lagi untung besar. Berbeza dengan kereta di mana nilai kereta akan menyusut daripada masa ke semasa. Anda ada baca kenyataan Pengerusi MAA dalam akhbar tempoh hari yang mengatakan jualan kereta tahun 2010 amat memberansangkan dan semenjak tahun 2009 nampak peningkatan ketara di situ dan dijangka tahun 2011 lagi banyak orang akan membeli kereta. Itu yang dilihat sekarang terutamanya golongan muda, mampu beli kereta mahal-mahal sedangkan masih lagi duduk menyewa. Mungkin ada sebab-sebab tertentu mereka berbuat begitu. Walaubagaimanapun, kebanyakan golongan muda hari ini cara hidup mereka :
“Biar papa, asal bergaya”
hartanah malaysia 51 Nilai Hartanah Malaysia Semakin Naik & Tiada Property Bubble?
Tetapi itulah nak beli rumah kena tengok tempat juga. Lihat apa yang jadi di sekitar Bukit Beruntung. Pada masa sekarang, “tak beruntung langsung” siapa yang beli di sana. Tetapi suasana mungkin akan berubah jikalau diletakkan sesuatu yang menjadi tumpuan ramai di situ, contohnya sebuah kampus universiti ataupun perkhidmatan pengangkutan awam dipertingkatkan. Walaubagaimanapun, realitinya kalau beli 5 tahun dahulu, tahun 2010 nilai hartanah di sana jatuh sampai setengah harga. Lagipun pada masa itu, kerajaan Selangor mensasarkan pembangunan di sekitar Serdang, Kajang dan Bangi.  Dalam masa yang sama, Bukit Beruntung adalah salah satu daripada masalah spekulasi hartanah. Kasihan kepada pembeli di sana. Kalau lelong rumah harga RM10,000 belum tentu laku. Kalau nak dibandingkan Malaysia dengan Jepun sangat jauh berbeza.
  • Penduduk Jepun yang tinggal 100 km daripada tempat bekerja di bandar besare seperti di Tokyo, masih mampu duduk di rumah yang cukup selesa pada harga yang berpatutan dan dalam masa yang sama tak perlu risau  walaupun rumah mereka jauh daripada tempat kerja. Setakat nak ulang alik setiap hari dengan jarak 100km  lke tempat kerja “senyum sahaja” mereka. Mereka naik keretapi laju setiap kali pergi kerja
  • Di Malaysia, berapa ramai boleh tahan tinggal di Seremban kerja di Shah Alam, berulang-alik setiap hari?
Tetapi itulah, kalau harga nilai hartanah Malaysia terus meningkat yang sengsara nanti ialah golongan yang berpendapatan serdahana. Sudahlah tak mampu beli rumah, tak layak pula dapat PPRT. Yang kaya boleh beli hartanah banyak-banyak. Akhirnya nanti pasaran hartanah hanya berlegar dan berpusing-pusing sekitar orang-orang kaya dan market manipulator. Lihat sahaja sekitar Shah Alam, berpeluh dibuatnya apabila melihatkan nilai hartanah di sana. Harga-harga rumah di sana  teramatlah mahal. Rumah semi-D rata-rata lingkungan RM1.2 juta.
Yang dibimbangkan di sini, apabila harga rumah yang begitu tinggi, maka makin kuranglah peluang terutamanya golongan Bumiputera utnuk memiliki rumah-rumah double storey atau rumah-rumah yang mempunyai prasarana yang bagus. Lihatlah kawasan-kawasan dan bandar-bandar baru di Shah Alam contohnya, Kota Kemuning, Bukit Rimau, Kemuning Greenville, Kemuning Utama, Bandar Botanic, Bandar Puteri, Bandar Putera, Alam Impian, Putra Heights, D Kayangan, Glenmarie Temasya, Zero Lot di Glenmarie, Bukit Jelutong, Cahaya SPK, Setia Alam dan banyak lagi projek-projek perumahan gah di Selangor ini.
Kalau anda ke sana, hampir 90% pemilik dan penghuni rumah-rumah mewah sederhana ini tidak dimiliki oleh kaum Melayu. Kaum Melayu awal-awal sudah angkat bendera tak mampu nak beli. Mana perginya peranan pihak berwajib sehingga jadi begini rupa? Adakah mereka-mereka ini memikirkan soal ini semua? Di manakah keprihatinan mereka? Dan masalah ini semua bermula apabila  kuasa membeli perumahan-perumahan serdahana telah semakin hilang dan terjadilah apa yang kita lihat hari ini dikalangan Bumiputera. Apabila bercakap majoriti Melayu nak beli rumah flet kos murah pun tak mampu, inikan pula nak bersembang berkenaan rumah-rumah mewah? Lupakan sahaja…..
hartanah malaysia Nilai Hartanah Malaysia Semakin Naik & Tiada Property Bubble?
Cuba lihat kenyataan Menteri Datuk Chor Chee Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun lalu:
SHAH ALAM: The Housing and Local Government Ministry does not foresee a property “bubble” in the country, where a rise in prices will be followed by a rapid reduction. Minister Datuk Chor Chee Heung said that so far this year, property prices had increased by 37%, unlike Singapore and Hong Kong where the figure had already exceeded by 35% last year. He said the increase in property prices since 2008 was due to the high cost of land, building material and entry of foreign companies into the sector. StarProperty
Kalau dah nilai hartanah Malaysia setahun meningkat sehingga 37% masih belum boleh dikatakan property bubble? Pastikah kenyataan seperti itu wahai menteri? Mengikut kenyataan sebelum ini, penganalisis sektor kewangan bersependapat dengan OSK. Apa yang mereka katakan? Dijangka pada tahun ini, adalah waktu yang terbaik untuk jual rumah dan turut dijangkakan yang mana pada tahun 2012 dan 2013 adalah masa yang terbaik untuk beli rumah kerana pada masa itu banyak rumah lelong dan dijual pada harga yang rendah. Jadi kepada semua, kita tunggu dan lihat. Kepada yang berkemampuan, mulalah menyimpan tunai untuk beli rumah lelong pada tahun tersebut.
hartanah malaysia 2 Nilai Hartanah Malaysia Semakin Naik & Tiada Property Bubble?
Hujah-hujah yang mengatakan tiada property bubble ini juga datang daripada REDHA. Kalau mereka (REDHA) mengaku akan berlaku “property bubble” dalam masa terdekat , siapa yang nak beli rumah pada masa itu? Nampak? Baik semua tunggu sahaja “bubble burst”, betul tidak? Katakanlah tak betul akan berlakunya property bubble, kenapa BNM meningkatkan Kadar Dasar Semalam (OPR) sebanyak 3 kali tahun 2010?
Pelik, pertumbuhan ekonomi tidak benar-benar berkembang, kekayaan negeri tidak benar-benar melonjak naik tetapi dalam masa yang sama nilai hartanah Malaysia telah meningkat tinggi. daripada masa ke semasa. Adakah ini masih bukan lagi dikatakan tidak ada tanda-tanda akan berlakunya property bubble?
Kalau anda semak bajet 2011 sebelum ini, kemudan pinjaman rumah bagi kakitangan kerajaan naik sampai RM450,000. Yang peliknya di sini, gaji tak naik tapi loan naik, nak bayar pakai apa? Rumah RM450,000 kalau ambil loan  bayaran bulanan sekitar RM3000, berapa ramai kakitangan kerajaan yang mampu? Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak  tak terfikir ker dengan menaikkan loan rumah, pihak pemaju pun akan mengambil kesempatan menaikkan harga rumah Malaysia selepas itu?

sumber dari : http://beritasemasa.com/nilai-hartanah-malaysia-nai-property-bubble

Tuesday, January 17, 2012

Ringkasan Prosedur Jual Beli Rumah


Di sini, saya ringkaskan prosedur umum apabila anda ingin membeli rumah melalui ejen hartanah berdaftar:

1) Membayar booking sebanyak 3% kepada ejen hartanah berdaftar. Cek di atas nama syarikat hartanah (bukan nama mana-mana individu atau ejen). Pembeli dinasihatkan menyemak status pinjaman terlebih dahulu sebelum membayar deposit.

2) Ejen akan menyerahkan segala dokumen berkaitan kepada firma guaman, selepas pemilik dan pembeli menandatangani surat tawaran pembelian. Kos guaman ditanggung oleh pembeli.

3) Selepas permohonan pinjaman bank diluluskan, pembeli dan penjual akan menandatangani perjanjian sewa beli (S&P). 7% deposit dibayar ketika menandatangani S&P.

4) Pembeli boleh menduduki rumah baru selepas semua urusan pindah milik dan pembayaran selesai.

Terima Kasih.sumber dari :http://jualbeli-hartanah.blogspot.com/

>>>Prosedur Beli Rumah Untuk Second Hand




 
 
RUMAH 2ND HAND

Mungkin boleh dijadikan panduan (ini kes pembeli yg nak 
beli rumah dengan cara meminjam, umpama dari syarikat 
dimana dia bekerja (dari bank lebih kurang lah kot) dan penjual
masih ada hutang dengan bank): ==!

Cakap aje kita setuju nak beli, kena bayar kat penjual apa 
yg dipanggil "earnest money" (wang pendahuluan, biasanya
3%) ianya sebahagian dari 10% yg akan dibayar bila tenyeh 
S & P agreement nanti.
 
1. Isi borang pinjaman.  Borang dihantar bersama yg 
   berikut:  salinan hak milik, salinan S&P, borang 
   cadangan gadaijanji, borang cadangan insuran pemilik, 
   akujanji peguam, akujanji penjual, surat kebenaran
   pindahmilik, redemption statement.  
Kalau nak buat 
sendiri semua ni, boleh sakit dada. Nasib baik ada 
   loyer yang uruskan.  (Kalau pembeli dah tak berapa 
   muda, biasanya dia kena buat complete medical checkup -
   habis diperiksanya, siap buka baju lagi, naik geli
   gelemang dibuatnya. Ini diperlukan oleh syarikat 
   takaful/insuran).    
2. Penilaian dibuat oleh juruukur syarikat/Bank pembeli.
3. Kelulusan dari syarikat/bank pembeli.
4. Syarikat/bank pembeli suruh peguam buat loan agreement.
5. Syarikat/peguam pembeli tebus grant dari bank penjual.
6. Peguam berhubung dengan income-tax untuk taksiran cukai.
7. Peguam register kat land-ofis.
8. Peguam advise syarikat/bank pembeli untuk release 
   payment 

Antara bayaran2 yg pembeli kena buat ialah: S&P agreement 
fees, Transfer fees, loan agreement fees legal fees, 
registration fees, misc fees, private caveat fees, consent 
to charge fees, dll.  Semasa pemerosesan dokumen2 diatas,
sekiranya pinjaman masih tak cukup nak cover harga 
pembelian (lepas dah tolak 10%), nak kena di settle lah 
dengan cash. Pendekata, kena ada cash lah.
Peguam/pembeli kena pastikan yg rumah itu tidak hendak 
dilelong.  Kalau hendak dilelong, peguam/pembeli kena pulak
berhubung dengan bank/peguam bank untuk minta tangguh 
lelongan.

Lepas tu kena juga tau dimana pejabat TNB, JBA, dan majlis
perbandaran untuk urusan tukar nama pada bil2. Yang ini
biasanya pemilik baru buat sendiri.    

Pendekata nak dapatkan rumah ni taklah senang (tapi taklah
sesusah nak dapatkan isteri). Nasib baik ada loyer yg 
tolong uruskan. Tak heranlah proses nak beli rumah ni 
memakan masa antara 3-6 bulan.   

Dalam keadaan biasa, pakai loyer pembeli dah memadai.
Tapi kalau penjual tak sedap hati, bolehlah dia cari
loyer dia juga. Bayar ajelah feesnya.
Sekian.sumber dari : http://sukardismail.blogspot.com/2010/01/prosedur-beli-rumah-untuk-second-hand.html

Monday, January 16, 2012

Nak Beli Rumah Ke Nak Sewa?




Ada antara kita menghadapi masalah sama ada want to buy a house or rent it. Yalah susah gak nak buat pilihan ni kan sebab ada pros and cons dalam perkara ini. Mengikut article yang ditulis dalam majalah Harmoni berikut ialah tips yang diberi.

Beli Rumah
  • Pendapatan
    Kena tahu jumlah pendapatan kita sekeluarga
  • Perbelanjaan
    Dah tahu berapa income kita then kenalah tahu berapa pulak expenses kita kan
  • Bayaran balik pinjaman
    So perbezaan pendapatan dan perbelanjaan tersebut, kita boleh tahu berapa jumlah ansuran maksimum yang kita mampu. Jangan lupa kena take into consideration jugak, perbelanjaan memiliki rumah, i.e. cukai pintu, kalau apartment maintenance fee dan sebagainya
  • Simpanan KWSP
    Boleh gunakan akaun 2 KWSP untuk menampung pembeliaan rumah tapi of course guna duit KWSP akan menyebabkan baki anda kurang untuk persaraan nanti. So pandai-pandailah kita buat keputusan
Sewa
  • Sering berpindah
    Hmmm, kalau anda sering bertukar-tukar tempat, so rasanya tak masuk akal nak beli rumah, lainlah kalau beli then untuk disewa
  • Tak suka cukai taksiran
    Kalau anda tak favour bayar cukai pintu dan kos penjagaan rumah, so tak perlu le beli rumah
  • Beban
    Kalau risau masalah kewangan bila beli rumah so sewa adalah perkara yang perlu anda buat
  • Tiada simpanan
    Kalau tak mampu lagi, baik sewa, utamakan simpanan anda terlebih daulu
Apa-apa pun, ini adalah sekadar panduan, tak semestinya betul kan. Masing-masing ada cara tersendiri. Yalah rumah ni kita beli bukan selalu, ianya the largest investment dalam hidup kita selepas kereta pada dasarnya. So buatlah keputusan yang bijak.

sumber dari : http://sharinginfoz.blogspot.com/2010/06/nak-beli-rumah-ke-nak-sewa.html

Tips Membeli Rumah



Kebanyakkan daripada kita ingin memiliki rumah / tempat untuk berteduh sendiri jika dibandingkan segelintir yang gemar untuk menyewa. Berikut ialah serba sedikit mengenai tips untuk membeli rumah:
  1. Sebelum membeli hartanah, anda hendaklah mengetahui tujuan pembelian tersebut. Adakah ianya untuk disewa (atau dijual setelah hartanah tersebut siap) atau untuk didiami. Jika untuk disewa, belilah condo / apartment keranya ianya mudah disewa dan cari lokasi yang banyak permintaan dan bukannya tempat yang anda suka diami.
  2. Carilah pemaju yang berwibawa kerana anda akan mungkin menghadapi risiko sekiranya hartanah tersebut tidak siap atau terbengkalai ataupun kualiti tidak menepati jangkaan anda
  3. Hartanah tersebut perlulah berada di kawasan yang strategik (infrastruktur yang sudah establish), crime-rate yang rendah, terdapat kawasan perumahan yang berdekataan dan yang penting kawasan tersebut tidak terlalu padat dengan penghuni atau aliran trafik kenderaan yang baik
  4. Pilihlah bank yang menawarkan kemudahan pinjaman yang fleksibal dan kadar keuntungan / faedah yang rendah. Periksa dengan bank sama ada anda akan dikenakan charge sekiranya membuat pembayaran lebih awal. Ini penting bagi yang membeli hartanah untuk tujuan pelaburan
  5. Buat survey dengan bertanyakan orang lain yang biasa dengan kawasan tersebut kerana mereka lebih mengetahui situasi / keadaan persekitaran tempat tersebut
  6. Buatlah bajet terlebih dahulu kerana anda memerlukan apabila hartanah tersebut siap, anda memerlukan wang untuk membuat pengubahsuaian, i.e. untuk membuat "kitchen cabinet", wiring untuk elektrik dan sebagainya
  7. Sebelum menerima hartanah tersebut daripada pemaju, periksa betul-betul jika terdapat kerosakan atau kualiti yang tidak menepati piawaan yang dijanjikan
  8. Jangan membeli hartanah disebabkan oleh kawan-kawan anda membeli di kawasan tersebut, buatlah penilaian sendiri dengan mencari seberapa banyak maklumat
  9. Bagi yang ingin membeli hartanah yang dilelong, tengok keadaan rumah tersebut terlebih dahulu dan jangan hanya berpandukan gambar atau cakap daripada penjual
  10. Akhir sekali, selamat membeli hartanah idaman anda, tidak kira apa jua tujuaannya.
sumber dari :http://sharinginfoz.blogspot.com/2009/10/tips-membeli-rumah.html