SISTEM
PINJAMAN PERUMAHAN BERSEPADU SPPB PERCEPATKAN PROSES PINJAMAN | Pemohon pinjaman perumahan kerajaan akan menerima keputusan
permohonan masing-masing serta-merta selepas butir-butir diisi secara dalam
talian menerusi Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB) yang dilancarkan
semalam. Bagi permohonan yang diberikan kelulusan bersyarat itu, mereka hanya
perlu menyerahkan dokumen sokongan dalam tempoh 14 hari bekerja sebelum
kelulusan sepenuhnya diberikan, manakala yang gagal boleh memohon semula.
ANDA
BOLEH MEMOHON DISINI
Setiausaha
Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan, Datuk Shuib Md Yusop, berkata
sebelum ini, kakitangan awam terpaksa menunggu sehingga sebulan untuk mendapat
kelulusan permohonan pinjaman perumahan masing-masing yang dilakukan secara
manual. Beliau berkata, penggunaan SPPB bukan saja mempercepatkan proses
kelulusan pinjaman, malah mempercepatkan permohonan pinjaman dan memudahkan
semakan pinjaman selain bayaran wang proses melalui kemudahan perbankan
internet serta memudahkan pemilihan insuran atau takaful.
Sehubungan
itu, katanya pihaknya akan mewajibkan semua pemohon yang melakukan pinjaman
perumahan kerajaan kali pertama mengemukakan permohonan menerusi sistem ini
bagi memudahkan urusan. Sehingga kini, terdapat kira-kira 730,000 peminjam
aktif daripada 1.2 juta kakitangan awam seluruh negara. Sebanyak RM76 bilion
pinjaman diberikan sejak 1970 dengan purata pinjaman dikeluarkan berjumlah RM7
bilion setahun. Shuib berkata, sistem yang dibangunkan sendiri kakitangan
Bahagian Pinjaman Perumahan itu adalah langkah penambahbaikan dalam sistem
penyampaian kepada penjawat awam yang mahu memohon pinjaman. Petikan Berita
Harian 18 Ogos 2011
(sumberdari:http://www.ammboi.com/2011/08/18/sistem-pinjaman-perumahan-bersepadu-sppb-percepatkan-proses-pinjaman/
)
No comments:
Post a Comment