Secara ringkasnya EPF / KWSP telah menyediakan 5 jenis pengeluaran KWSP Akaun 2 untuk bantu rakyat Malaysia memiliki rumah dengan lebih mudah seperti berikut:
- Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
- Pengeluaran Membina Rumah
- Pengeluaran Membeli Rumah
- Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
- Pengeluaran Perumahan Fleksibel
Pengeluaran Mengurang / Menyelesaikan Pinjaman Perumahan
Ciri-Ciri Penting | |
---|---|
Tujuan | a)
Mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk mengurangkan atau menyelesaikan
baki pinjaman perumahan yang dibeli secara individu; ATAU pembelian
secara bersama dengan ahli keluara terdekat (ibu-bapa, suami-isteri,
adik-beradik, atau anak-anak) atau individu lain yang tiada pertalian
keluarga; ATAU membantu suami / isteri mengurang atau menyelesaikan baki
pinjaman perumahan suami / isteri. b) Pengeluaran untuk mengurang atau menyelesaikan baki pinjaman untuk rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan. |
Kelayakan Memohon | a) Warganegara Malaysia. b) Bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998, ATAU mendapat taraf Penduduk Tetap (PR). c) Mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500 di dalam Akaun 2. |
Syarat-syarat Pengeluaran | a)
Membeli atau membina rumah kediaman (banglo / teres / berkembar /
apartment / kondominium / studio apartment / service apartment /
townhouse / SoHo / rumah kedai dengan unit kediaman). b) Permohonan boleh dibuat SEKALI SETAHUN daripada tarikh pengeluaran perumahan terdahulu. c) Ahli TIDAK LAYAK memohon jika:- (i) Tujuan pinjaman untuk mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada atau bagi tujuan peribadi. (ii) Pinjaman berbentuk overdraf. (iii) Pinjaman diambil daripada individu. (iv) Pinjaman untuk mengurangkan atau menyelesaikan baki pinjaman untuk rumah ketiga. (v) Pinjaman untuk mengurangkan atau menyelesaikan baki pinjaman rumah yang dibeli di luar negara. (vi) Baki pinjaman perumahan asal telah selesai. |
Amaun Yang Layak Dikeluarkan | a) Jumlah baki pinjaman perumahan; ATAU b) Semua simpanan dalam Akaun 2 |
Kaedah Bayaran | a) Pengkreditan terus ke akaun pinjaman perumahan b) Cek jurubank kepada institusi pemberi pinjaman perumahan |
Cara Permohonan Dihantar | a) Serahan di kaunter b) Serahan melalui POS |
Pengeluaran Membina Rumah
Ciri-Ciri Penting | |
---|---|
Tujuan | a)
Mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembinaan sebuah rumah
secara individu; ATAU pembinaan secara bersama dengan suami / isteri. b) Pengeluaran untuk membina rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan. |
Kelayakan Memohon | a) Warganegara Malaysia. b) Bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU mendapat taraf Penduduk Tetap (PR). c) Mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500 di dalam Akaun 2. |
Syarat-syarat Pengeluaran | a) Membina sebuah rumah kediaman / rumah kampung di atas tanah milik sendiri atau milik suami / isteri; ATAU Suami / isteri membina sebuah rumah / rumah kampung di atas tanah milik ahli; ATAU Ahli membina rumah panjang (bagi Sabah & Sarawak); ATAU Ahli membina sebuah rumah di atas tanah FELDA atau tanah milik agensi kerajaan lain yang diiktiraf. b) Ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan; ATAU Ahli telah membuat pengeluaran untuk membina rumah pertama dan telah menjualnya atau berlaku pelupusan pemilikan dan kemudian membina rumah kedua. c) Ahli tidak layak memohon sekiranya:- (i) Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja. (ii) Mengubahsuai, membaiki / membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada. (iii) Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf. (iv) Membina rumah ketiga. (v) Membina rumah di luar negara. |
Amaun Yang Layak Dikeluarkan | a) 10% daripada kos bina rumah; ATAU b) Semua simpanan dalam Akaun 2 |
Kaedah Bayaran | a) Pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli. |
Cara Permohonan Dihantar | a) Serahan di kaunter b) Serahan melalui POS |
Pengeluaran Membeli Rumah
Ciri-Ciri Penting | |
---|---|
Tujuan | a) Mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah. B) Pengeluaran untuk membeli rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan. |
Kelayakan Memohon | a) Warganegara Malaysia. b) Bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998, ATAU mendapat taraf Penduduk Tetap (PR). c) Mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500 di dalam Akaun 2. |
Syarat-syarat Pengeluaran | a)
Membeli sebuah rumah kediaman (banglo / teres / berkembar / apartment /
kondominium / studio apartment / service apartment / townhouse / SoHo /
rumah kedai dengan unit kediaman). b) Ahli tidak layak memohon jika:- (i) Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja. (ii) Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada. (iii)Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli. (iv) Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf. (v) Membeli rumah ketiga. (vi) Membeli rumah di luar negara. |
Amaun Yang Layak Dikeluarkan | a) 10% daripada harga rumah; ATAU b) Semua simpanan dalam Akaun 2. |
Kaedah Bayaran | a) Pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli. |
Cara Permohonan Dihantar | a) Serahan di kaunter b) Serahan melalui POS |
Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
Ciri-Ciri Penting | |
---|---|
Tujuan | a)
Mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membayar ansuran bulanan pinjaman
perumahan yang diambil bagi tujuan pembelian atau pembinaan rumah. b) Pengeluaran ini adalah tambahan kepada pengeluaran perumahan sedia ada iaitu Pengeluaran Mengurang / Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan. |
Kelayakan Memohon | a) Warganegara Malaysia. b) Bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998, ATAU mendapat taraf Penduduk Tetap (PR). c) Mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500 di dalam Akaun 2. |
Syarat-syarat Pengeluaran | a)
Ahli mestilah merupakan seorang pembeli ATAU pembina DAN peminjam ke
atas sebuah rumah kediaman (banglo / teres / berkembar / apartment /
kondominium / studio apartment / service apartment / townhouse / SoHo /
rumah kedai dengan unit kediaman). b) Pengeluaran ini boleh dibuat untuk mana-mana rumah di Malaysia tertakluk kepada sebuah rumah bagi setiap ahli. Pengeluaran seterusnya (sekiranya masih ada baki pinjaman) hanya boleh dibuat bagi rumah yang sama. c) Ahli yang mempunyai tunggakan pinjaman perumahan yang berstatus NPL (Non-Performing Loan) dibenarkan untuk memohon Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan (PABPP). |
Amaun Yang Layak Dikeluarkan | a) Jumlah baki pinjaman perumahan; ATAU b) Semua simpanan dalam Akaun 2. |
Kaedah Bayaran | a) Pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli. b) Cek jurubank bagi ansuran bulanan pinjaman perumahan berstatus NPL (Non-Performing Loan) |
Cara Permohonan Dihantar | a) Serahan di kaunter b) Serahan melalui POS |
Pengeluaran Perumahan Fleksibel
Ciri-Ciri Penting | |
---|---|
Tujuan | a)
Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah proses menghadang atau
mengenepikan sebahagian simpanan dalam Akaun 2 ahli ke Akaun Pengeluaran
Perumahan Fleksibel bagi membolehkan ahli mendapatkan pinjaman
perumahan yang lebih tinggi untuk membeli / membina rumah. b) Berdasarkan konsep ini, caruman bulanan kepada KWSP dianggap sebagai pendapatan. Dengan ini, ahli boleh mendapat jumlah pinjaman yang lebih tinggi kerana penilaian kredit (credit assessment) ke atas pendapatan bersih turut mengambilkira caruman KWSP (bahagian pekerja dan majikan). Oleh yang demikian, ahli boleh membeli / membina rumah yang lebih tinggi harganya kerana ini boleh melayakkan mereka mendapat pinjaman yang lebih tinggi untuk membiayai pembelian / pembinaan rumah. |
Kelayakan Memohon | a) Warganegara Malaysia. b) Bukan warganegara Malaysia yang mendapat taraf Penduduk Tetap (PR). |
Syarat-syarat Pengeluaran | a)
Membeli sebuah rumah kediaman (banglo / teres / berkembar / apartment /
kondominium / studio apartment / service apartment / townhouse / SoHo /
rumah kedai dengan unit kediaman); ATAU b) Membina sebuah rumah kediaman / rumah kampung di atas tanah milik sendiri atau milik suami / isteri; DAN c) Mengambil pinjaman perumahan bagi tujuan membeli / membina rumah dengan mana-mana institusi kewangan yang diluluskan. b) Ahli tidak layak memohon jika:- (i) Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja. (ii) Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada. (iii) Mengambil pinjaman berbentuk overdraf atau bagi tujuan pembiayaan semula (refinancing). (iv) Membeli / membina rumah di luar negara. |
Amaun Yang Layak Dikeluarkan | a) Amaun yang dipohon tidak boleh melebihi Amaun Pinjaman Perumahan. b) Pindaan simpanan Akaun 2 yang dipohon boleh dibuat seperti berikut: (I) Pindahan simpanan sedia ada daripada Akaun 2 dan pindahan bulanan (mengikut amaun tetap yang dipohon oleh ahli); ATAU (ii) Pindahan bulanan (mengikut amaun tetap yang dipohon oleh ahli) sahaja. c) Pindahan Amaun tetap bulanan tidak boleh diubah dan akan kekal mengikut amaun yang telah dipilih semasa memohon. |
Kaedah Bayaran | a)
Apabila hadangan simpanan telah dibuat, ahli tidak boleh menggunakan
simpanan / caruman dalam Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel berkenaan
bagi tujuan pengeluaran perumahan, pendidikan, kesihatan dan
pengeluaran umur 50 tahun. Bagaimanapun, simpanan / caruman yang tidak
dihadang dalam Akaun 2 masih boleh digunakan bagi tujuan yang dibenarkan
di bawah Akta KWSP 1991 seperti pengeluaran perumahan, pendidikan,
kesihatan dan pengeluaran umur 50 tahun. b) Amaun dalam Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel tidak akan diserahhak (assign) kepada institusi kewangan. Amaun tersebut masih milik ahli dan di bawah kawalan KWSP. c) Simpanan dalam Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel masih menerima dividen tahunan. Bagaimanapun, dividen tahunan berkenaan akan dikreditkan ke Akaun 2 ahli. |
Cara Permohonan Dihantar | a)
Mendapatkan pengesahan pihak institusi kewangan mengenai maklumat
pinjaman, pembelian / pembinaan rumah dan hadangan simpanan bagi tujuan
Pengeluaran Perumahan Fleksibel. b) Serahan permohonan melalui institusi kewangan. c) Pengeluaran Perumahan Fleksibel mestilah dipohon bersama-sama dengan: (i) Pengeluaran Membeli / Membina Rumah; ATAU (ii) Pengeluaran Mengurang / Menyelesaikan Baki Pinjaman. |
Untuk maklumat selanjutnya, sila layari website KWSP
Sumber dari :http://www.horlic.com/perbandingan-jenis-jenis-pengeluaran-kwsp-akaun-2-untuk-membeli-rumah/
1 comment:
kalau nak keluarkan akaun 2 untuk bayar rumah mak boleh k?? tapi rumah atas nama abang saya nama mak saya kedua sahaja.. rumah tu sekarang saya yang duduk.. abang ngan mak da pindah tempat lain. tapi ade tetunggak sebanyak 4000 rgt 12 bulan xbayar..
Post a Comment