Sunday, February 17, 2013

SYARAT KELAYAKAN PINJAMAN RUMAH (GIRO HOME BSN)



Home Loans
GIRO Home
Benefit from our GIRO Home Loans with low interest rates and various packages for you to choose from!

REQUIREMENTS
>   Malaysian citizen.
>   Age of 21 years old and above (must not exceed 70 years old* at the
      end of financing period).
>   Individual / non-individual applicants.

BENEFITS
>    Loan tenure up to 40 years or not more than 70 years old* at the end of the financing period
      (whichever first).
>    Margin of financing could reach up to 95% (subject to Terms & Condition) upon the    purchase price from the developer
      (inclusive of MRTA).
>    Smart choice - with Zero Moving Cost / Zero Entry Cost that offers a lower rate from the market.
>   Easy to apply - provided at all BSN Main Branch nationwide.

>   Convenient payment channels:
       BSN branches nationwide
     >  Standing Instruction / Savings Account
     > Inter Bank GIRO (IBG)

    Loan options:
     >  Loan for property still under construction.
     >  Loan for completed property.
     >  Refinancing

  Packages offered:
Package
Detail
Second Charge Package
 Especially for Government Servants and other Government Agencies entitled for
   a home loan.
 As an additional loan, in case the existing loan is insufficient.
2 Generations Package
 Joint loan consisting of 2 generations parent(s) and child (still in a learning institution
   and aged 21 years old and above).
 Enjoy a longer loan period.
 Children pursuing studies at Diploma level and above and would graduate in three (3)   years time.
 Parent still have steady/fix income for a period of five(5) years.
 For those who are self-employed. E.g: Fishermen

 Unstable household income.

 Loans for low cost or average houses for own residence.
Islamic Banking

 Financing package based on Islamic principles.
Corporate Employees Financing

Note:
       Eligibility for age limit of 70 years old is subject to Bank's Terms &
         Conditions.

RATE
 Amount
 Period
 Interest
 Completed Property
 Property Under Construction
 Zero Moving Cost (ZMC)
 Non Zero Moving  Cost (NZMC)
 Zero Moving Cost (ZMC)
 Non Zero Moving  Cost (NZMC)
≤RM 100,000
Throughout loan period
NIL
BLR - 0.00%
NIL
BLR - 0.00%
>RM100,000 until ≤RM250,000
Year 1 - 2
NIL 
4.40%
4.20%
Subsequent years
BLR - 2.00%
BLR - 2.15%
BLR - 2.00%
BLR - 2.15%
>RM250,000
Year 1 - 2
NIL
4.00%
3.80%
Subsequent years
BLR - 2.10%
BLR - 2.20%
BLR - 2.10%
BLR 2.20%

  Priority Sector (Property: RM60,000 - Peninsular Malaysia / RM72,000 - Sabah & Sarawak
Interest
BLR + 1.75%
Note:
       Current BLR at 6.55% (subject to change).


Sumber dari :http://www.mybsn.com.my/content.xhtml?contentId=145

Wednesday, January 9, 2013

Kadar Pinjaman Asas (BLR) Kekal Sehingga Hujung Tahun


Pada Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang diadakan pada 11 November 2011, Bank Negara Malaysia memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.

Menurut Bank Negara Malaysia, kadar yang sedia ada masih relevan untuk menyokong pertumbuhan dalam negeri.

Sehubungan itu, tiada kenaikan terhadap Kadar Pinjaman Asas (Base Lending Rate) oleh institusi kewangan di negara ini. Berita yang tentunya amat melegakan rakyat di saat keadaan ekonomi dunia yang penuh dengan ketidaktentuan.
Apa yang pasti, akibat daripada ketidaktentuan ekonomi luaran tentunya akan mempengaruhi serta memberikan kesan terhadap prospek pertumbuhan ekonomi negara.

Berikut adalah Kadar Pinjaman Asas (Base Lending Rate) terkini yang ditawarkan oleh institusi perbankkan di Malaysia yang telah dikemaskini oleh Banking Info pada 15/08/2011 untuk dijadikan rujukan.


Base Lending Rate (BLR & BFR)


No. Institusi Perbankkan Berkuat kuasa dari BLR (% p.a.)
1 Affin Bank Berhad 12/05/2011 6.60
2 Alliance Bank Malaysia Berhad 13/05/2011 6.60
3 Alliance Islamic Bank Berhad 15/08/2011 6.60
4 AmBank (M) Berhad 13/05/2011 6.60
5 Bangkok Bank Berhad 13/05/2011 6.60
6 Bank of America Malaysia Berhad 13/07/2010 6.30
7 Bank of China (Malaysia) Berhad 12/05/2011 6.55
8 Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ (Malaysia) Berhad 11/05/2011 6.25
9 CIMB Bank Berhad 11/05/2011 6.60
10 Citibank Berhad 16/05/2011 6.60
11 Deutsche Bank (Malaysia) Berhad 13/05/2011 6.50
12 EON Bank Berhad 13/05/2011 6.60
13 Hong Leong Bank Berhad 13/05/2011 6.60
14 HSBC Bank Malaysia Berhad 12/05/2011 6.60
15 J.P. Morgan Chase Bank Berhad 15/07/2010 6.20
16 Malayan Banking Berhad 11/05/2011 6.60
17 OCBC Bank (Malaysia) Berhad 12/05/2011 6.60
18 Public Bank Berhad 11/05/2011 6.60
19 RHB Bank Berhad 11/05/2011 6.60
20 Standard Chartered Bank Malaysia Berhad 13/05/2011 6.60
21 Sumitomo Mitsui Banking Corporation 13/05/2011 6.55
22 The Bank of Nova Scotia Berhad 16/05/2011 6.60
23 The Royal Bank of Scotland Berhad 12/05/2011 6.25
24 United Overseas Bank (Malaysia) Berhad 12/05/2011 6.60


   Dikemaskini pada: 15/08/2011 


Nota - Bagi institusi kewangan yang menawarkan sistem perbankkan syariah, kadar BFR adalah sama dengan BLR.


Kredit, Bank Negara Malaysia &  Banking Info




Untuk Maklumat Lebih Lanjut: Kadar Pinjaman Asas (BLR) Kekal Sehingga Hujung Tahun http://www.mdanif.com/2011/11/kadar-pinjaman-asas-blr-kekal-sehingga.html#ixzz2HXuEsEnE
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial

sumber dari : http://www.mdanif.com/2011/11/kadar-pinjaman-asas-blr-kekal-sehingga.html#axzz2HXOO8Pma

Monday, January 7, 2013

KELAYAKAN PINJAMAN RUMAH BAGI KAKITANGAN KERAJAAN

PANDUAN PINJAMAN > KELAYAKAN PINJAMAN
Kadar kelayakan ini digunapakai untuk Hakim-hakim Mahkamah Agong/Mahkamah Tinggi dan yang setaraf dengannya, Pegawai -Pegawai Perkhidmatan Awam Am, Anggota Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Amaun Kelayakan Pinjaman Perumahan adalah seperti berikut :
TARIKH BERKUATKUASA MULAI JANUARI 2011
Bil
Gaji Bulanan Hakiki (RM)
Kelayakan Pinjaman (RM)
1

6,500 dan ke atas

450,000
2
5,500 ke 6,499
420,000
3
4,500 ke 5,499
400,000
4
3,500 ke 4,499
380,000
2
3,000 ke 3,499

320,000
3
2,500 ke 2,999

280,000
4
2,000 ke 2,499

255,000
5
1,500 ke 1,999

205,000
6
1,200 ke 1,499

168,000
7
1,000 ke 1,199

130,000
8
800 ke 999

105,000
9

799 dan ke bawah

80,000
Tarikh Dikemaskini ( Jumaat, 21 Disember 2012 10:10 )

sumber dari :   http://bpp.treasury.gov.my/web/index.php?option=com_content&view=article&id=221&Itemid=234&lang=ms

Monday, December 31, 2012

Perbandingan Jenis-Jenis Pengeluaran KWSP Akaun 2 Untuk Membeli Rumah



Secara ringkasnya EPF / KWSP telah menyediakan 5 jenis pengeluaran KWSP Akaun 2 untuk bantu rakyat Malaysia memiliki rumah dengan lebih mudah seperti berikut:
  • Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
  • Pengeluaran Membina Rumah
  • Pengeluaran Membeli Rumah
  • Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
  • Pengeluaran Perumahan Fleksibel

Pengeluaran Mengurang / Menyelesaikan Pinjaman Perumahan


Ciri-Ciri Penting
Tujuana) Mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk mengurangkan atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan yang dibeli secara individu; ATAU pembelian secara bersama dengan ahli keluara terdekat (ibu-bapa, suami-isteri, adik-beradik, atau anak-anak) atau individu lain yang tiada pertalian keluarga; ATAU membantu suami / isteri mengurang atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan suami / isteri.
b) Pengeluaran untuk mengurang atau menyelesaikan baki pinjaman untuk rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan.
Kelayakan Memohona) Warganegara Malaysia.
b) Bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998, ATAU mendapat taraf Penduduk Tetap (PR).
c) Mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500 di dalam Akaun 2.
Syarat-syarat Pengeluarana) Membeli atau membina rumah kediaman (banglo / teres / berkembar / apartment / kondominium / studio apartment / service apartment / townhouse / SoHo / rumah kedai dengan unit kediaman).
b) Permohonan boleh dibuat SEKALI SETAHUN daripada tarikh pengeluaran perumahan terdahulu.
c) Ahli TIDAK LAYAK memohon jika:-
(i) Tujuan pinjaman untuk mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada atau bagi tujuan peribadi.
(ii) Pinjaman berbentuk overdraf.
(iii) Pinjaman diambil daripada individu.
(iv) Pinjaman untuk mengurangkan atau menyelesaikan baki pinjaman untuk rumah ketiga.
(v) Pinjaman untuk mengurangkan atau menyelesaikan baki pinjaman rumah yang dibeli di luar negara.
(vi) Baki pinjaman perumahan asal telah selesai.
Amaun Yang Layak Dikeluarkana) Jumlah baki pinjaman perumahan; ATAU
b) Semua simpanan dalam Akaun 2
Kaedah Bayarana) Pengkreditan terus ke akaun pinjaman perumahan
b) Cek jurubank kepada institusi pemberi pinjaman perumahan
Cara Permohonan Dihantar a) Serahan di kaunter
b) Serahan melalui POS

Pengeluaran Membina Rumah


Ciri-Ciri Penting
Tujuana) Mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembinaan sebuah rumah secara individu; ATAU pembinaan secara bersama dengan suami / isteri.
b) Pengeluaran untuk membina rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan.
Kelayakan Memohona) Warganegara Malaysia.
b) Bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU mendapat taraf Penduduk Tetap (PR).
c) Mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500 di dalam Akaun 2.
Syarat-syarat Pengeluarana) Membina sebuah rumah kediaman / rumah kampung di atas tanah milik sendiri atau milik suami / isteri; ATAU
Suami / isteri membina sebuah rumah / rumah kampung di atas tanah milik ahli; ATAU
Ahli membina rumah panjang (bagi Sabah & Sarawak); ATAU
Ahli membina sebuah rumah di atas tanah FELDA atau tanah milik agensi kerajaan lain yang diiktiraf.
b) Ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan; ATAU
Ahli telah membuat pengeluaran untuk membina rumah pertama dan telah menjualnya atau berlaku pelupusan pemilikan dan kemudian membina rumah kedua.
c) Ahli tidak layak memohon sekiranya:-
(i) Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja.
(ii) Mengubahsuai, membaiki / membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada.
(iii) Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf.
(iv) Membina rumah ketiga.
(v) Membina rumah di luar negara.
Amaun Yang Layak Dikeluarkana) 10% daripada kos bina rumah; ATAU
b) Semua simpanan dalam Akaun 2
Kaedah Bayarana) Pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.
Cara Permohonan Dihantar a) Serahan di kaunter
b) Serahan melalui POS

Pengeluaran Membeli Rumah


Ciri-Ciri Penting
Tujuana) Mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah.
B) Pengeluaran untuk membeli rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan.
Kelayakan Memohona) Warganegara Malaysia.
b) Bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998, ATAU mendapat taraf Penduduk Tetap (PR).
c) Mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500 di dalam Akaun 2.
Syarat-syarat Pengeluarana) Membeli sebuah rumah kediaman (banglo / teres / berkembar / apartment / kondominium / studio apartment / service apartment / townhouse / SoHo / rumah kedai dengan unit kediaman).
b) Ahli tidak layak memohon jika:-
(i) Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja.
(ii) Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada.
(iii)Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli.
(iv) Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf.
(v) Membeli rumah ketiga.
(vi) Membeli rumah di luar negara.
Amaun Yang Layak Dikeluarkana) 10% daripada harga rumah; ATAU
b) Semua simpanan dalam Akaun 2.
Kaedah Bayarana) Pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.
Cara Permohonan Dihantar a) Serahan di kaunter
b) Serahan melalui POS

Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan


Ciri-Ciri Penting
Tujuana) Mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan yang diambil bagi tujuan pembelian atau pembinaan rumah.
b) Pengeluaran ini adalah tambahan kepada pengeluaran perumahan sedia ada iaitu Pengeluaran Mengurang / Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan.
Kelayakan Memohona) Warganegara Malaysia.
b) Bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998, ATAU mendapat taraf Penduduk Tetap (PR).
c) Mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500 di dalam Akaun 2.
Syarat-syarat Pengeluarana) Ahli mestilah merupakan seorang pembeli ATAU pembina DAN peminjam ke atas sebuah rumah kediaman (banglo / teres / berkembar / apartment / kondominium / studio apartment / service apartment / townhouse / SoHo / rumah kedai dengan unit kediaman).
b) Pengeluaran ini boleh dibuat untuk mana-mana rumah di Malaysia tertakluk kepada sebuah rumah bagi setiap ahli. Pengeluaran seterusnya (sekiranya masih ada baki pinjaman) hanya boleh dibuat bagi rumah yang sama.
c) Ahli yang mempunyai tunggakan pinjaman perumahan yang berstatus NPL (Non-Performing Loan) dibenarkan untuk memohon Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan (PABPP).
Amaun Yang Layak Dikeluarkana) Jumlah baki pinjaman perumahan; ATAU
b) Semua simpanan dalam Akaun 2.
Kaedah Bayarana) Pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.
b) Cek jurubank bagi ansuran bulanan pinjaman perumahan berstatus NPL (Non-Performing Loan)
Cara Permohonan Dihantar a) Serahan di kaunter
b) Serahan melalui POS

Pengeluaran Perumahan Fleksibel


Ciri-Ciri Penting
Tujuana) Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah proses menghadang atau mengenepikan sebahagian simpanan dalam Akaun 2 ahli ke Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel bagi membolehkan ahli mendapatkan pinjaman perumahan yang lebih tinggi untuk membeli / membina rumah.
b) Berdasarkan konsep ini, caruman bulanan kepada KWSP dianggap sebagai pendapatan. Dengan ini, ahli boleh mendapat jumlah pinjaman yang lebih tinggi kerana penilaian kredit (credit assessment) ke atas pendapatan bersih turut mengambilkira caruman KWSP (bahagian pekerja dan majikan). Oleh yang demikian, ahli boleh membeli / membina rumah yang lebih tinggi harganya kerana ini boleh melayakkan mereka mendapat pinjaman yang lebih tinggi untuk membiayai pembelian / pembinaan rumah.
Kelayakan Memohona) Warganegara Malaysia.
b) Bukan warganegara Malaysia yang mendapat taraf Penduduk Tetap (PR).
Syarat-syarat Pengeluarana) Membeli sebuah rumah kediaman (banglo / teres / berkembar / apartment / kondominium / studio apartment / service apartment / townhouse / SoHo / rumah kedai dengan unit kediaman); ATAU
b) Membina sebuah rumah kediaman / rumah kampung di atas tanah milik sendiri atau milik suami / isteri; DAN
c) Mengambil pinjaman perumahan bagi tujuan membeli / membina rumah dengan mana-mana institusi kewangan yang diluluskan.
b) Ahli tidak layak memohon jika:-
(i) Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja.
(ii) Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada.
(iii) Mengambil pinjaman berbentuk overdraf atau bagi tujuan pembiayaan semula (refinancing).
(iv) Membeli / membina rumah di luar negara.
Amaun Yang Layak Dikeluarkana) Amaun yang dipohon tidak boleh melebihi Amaun Pinjaman Perumahan.
b) Pindaan simpanan Akaun 2 yang dipohon boleh dibuat seperti berikut:
(I) Pindahan simpanan sedia ada daripada Akaun 2 dan pindahan bulanan (mengikut amaun tetap yang dipohon oleh ahli); ATAU
(ii) Pindahan bulanan (mengikut amaun tetap yang dipohon oleh ahli) sahaja.
c) Pindahan Amaun tetap bulanan tidak boleh diubah dan akan kekal mengikut amaun yang telah dipilih semasa memohon.
Kaedah Bayarana) Apabila hadangan simpanan telah dibuat, ahli tidak boleh menggunakan simpanan / caruman dalam Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel berkenaan bagi tujuan pengeluaran perumahan, pendidikan, kesihatan dan pengeluaran umur 50 tahun. Bagaimanapun, simpanan / caruman yang tidak dihadang dalam Akaun 2 masih boleh digunakan bagi tujuan yang dibenarkan di bawah Akta KWSP 1991 seperti pengeluaran perumahan, pendidikan, kesihatan dan pengeluaran umur 50 tahun.
b) Amaun dalam Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel tidak akan diserahhak (assign) kepada institusi kewangan. Amaun tersebut masih milik ahli dan di bawah kawalan KWSP.
c) Simpanan dalam Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel masih menerima dividen tahunan. Bagaimanapun, dividen tahunan berkenaan akan dikreditkan ke Akaun 2 ahli.
Cara Permohonan Dihantar a) Mendapatkan pengesahan pihak institusi kewangan mengenai maklumat pinjaman, pembelian / pembinaan rumah dan hadangan simpanan bagi tujuan Pengeluaran Perumahan Fleksibel.
b) Serahan permohonan melalui institusi kewangan.
c) Pengeluaran Perumahan Fleksibel mestilah dipohon bersama-sama dengan:
(i) Pengeluaran Membeli / Membina Rumah; ATAU
(ii) Pengeluaran Mengurang / Menyelesaikan Baki Pinjaman.

Untuk maklumat selanjutnya, sila layari website KWSP

Sumber dari :http://www.horlic.com/perbandingan-jenis-jenis-pengeluaran-kwsp-akaun-2-untuk-membeli-rumah/