INFO & TIP


                     TROWEL STONE


http://www.suzuka.com.my/coating/trowel-stone/




Painting Tips

 Sumber: http://www.colourland.com.my/paintingtips.php

Tips Dan Petua Mudah Jimatkan Elektrik



Tips Dan Petua Mudah Jimatkan Elektrik | Skrg kita dah mengalami kenaikkan harga elektrik. lepas nih sume pakai pelita..nanti jadi macam malam raya lah plak.
So jom kita bace tips-tips menjimatkan elektrik di bawah ini..
Tip Jimat Elektrik 1:
Padam semua lampu bilik atau ruang yang ada di rumah sekiranya tiada sesiapa di situ.
Sebagai contoh, jika anda sekeluarga berehat di ruang tamu, pastikan lampu bilik tidur, ruang makan atau dapur di tutup.
Tip Jimat Elektrik 2:
Tutup semua suis peralatan elektrik dan elektronik jika tidak digunakan. Sebaik-baiknya jangan dibiarkan dalam mode ‘standby’.
Tip Jimat Elektrik 3:
Sebaik-baiknya gunakan kipas angin(kipas dinding atau kipas berdiri) dan elakkan penggunaan penyaman udara. Tapi kalau dah panas sangat dan tak tahan barulah gunakan penyaman udara.
Tip Jimat Elektrik 4:
Gunakan satu mentol lampu yang besar jika memerlukan lebih pengcahayaan berbanding menggunakan mentol yang bersaiz kecil tetapi banyak bilangannya.
Tip Jimat Elektrik 5:
Mendidik ahli keluarga yang lain agar menutup suis lampu, kipas atau alatan lain setelah meninggalkan sesuatu bilik atau ruang.
Tip Jimat Elektrik 6:
Pasangkan lampu di luar rumah jika perlu sahaja seperti menunggu kedatangan tetamu, menyambut sesuatu perayaan atau ketika mengadakan sesuatu majlis atau kenduri.
Tip Jimat Elektrik 7:
Elakkan penggunaan mesih basuh yang melebihi muatan (‘overload’) atau pun muatan penuh. Sebaiknya muatan tidak terlalu penuh. Selain hasil cucian yang kurang bersih ia juga mengakibatkan penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan.
Tip Jimat Elektrik 8:
Pastikan pintu peti ais ditutup rapat setelah digunakan.
Tip Jimat Elektrik 9:
Rajin membersihkan habuk atau debu yang terdapat di koil peti ais anda.
Tip Jimat Elektrik 10:
Freezer yang penuh mengurangkan penggunaan tenaga. Jadi sekiranya ‘freezer’ peti ais anda kosong, isikannya dengan kiub ais atau bekas ais supaya tenaga tidak dibuang begitu sahaja.


Sumber: 
http://fuh.my/tips-dan-petua-mudah-jimatkan-elektrik/


Inspirasikan kediaman dengan Nippon Momento™ Special

Anda mahu menghias semula ruang kediaman, namun setelah terfikir kos hiasan dan perabot, anda bertukar fikiran. 
Hias semula dengan cat tekstur istimewa
Nippon Momento™ Special Effect Paint memberikan keselesaan dalam mengubah mood dan suasana di ruang kediaman pada harga yang amat berpatutan.
Tambahkan kesan tekstur pada dinding kosong atau berwarna untuk menyerlahkan lagi suasana di ruang tamu.
Pilih antara dua varian Nippon Momento™ - Textured Paint Series atau Enhancer Series.
Rangkaian Textured Paint membolehkan anda menambah tekstur unik pada dinding manakala Enhancer Series ialah cat separa telus yang boleh disapukan pada warna dinding sedia ada.
Kami ada warna-warna popular yang anda boleh cuba!

Dapatkan Nippon Momento ™ Special Effect Paint di mana-mana pengedar Nippon Paint berhampiran anda.
Tahukah anda? 
Dinding utama dengan warna atau tekstur berbeza pasti menjadi tumpuan
 sumber dari :http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?pg=special/iklan/niponpaintk/index.html



VIDEO TIP PENGUNAAN CAT MOMENTO

 

PENGOSONGAN TANGKI SEPTIK


  Sistem pembetungan yang banyak terdapat di Malaysia ialah tangki septik individu. Dianggarkan lebih kurang 1.2 juta premis mempunyai tangki septik individu. Tangki septik individu yang sempurna iaitu mengikut Piawaian Malaysia - MS1228 mempunyai 3 sehingga 4 penutup logam bersegi empat tepat lazimnya berada di luar kawasan premis samaada di bahagian hadapan, belakang atau tepi premis. Tangki septik juga dikenali sebagai kerek/palong, tandas curah, atau apa-apa sistem pembetungan yang ditentukan oleh SPAN.
Adakalanya, tangki septik tersebut berada di dalam premis yang telah diubahsuai. Kumbahan (najis) yang mengalir ke dalam tangki septik tidak menjalani rawatan sepenuhnya dan oleh itu tangki septik perlu dikosongkan secara berjadual, setiap tiga tahun sekali untuk memastikan ianya berfungsi dengan efisien.



Majaari menyediakan perkhidmatan pengosongan tangki septik dengan mengambilalih tugas dan perkhidmatan yang sebelum ini dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri Kelantan. Majaari mensasarkan untuk menyediakan perkhidmatan secara profesional dan terbaik kepada seluruh penduduk negeri Kelantan. Caj perkhidmatan yang dikenakan adalah munasabah dan berpatutan bagi memastikan perkhidmatan lebih efisien dan pengurusan enapcemar dapat dilakukan dengan sempurna.

Agensi Perakuan Pembetungan
Majaari sebagai Agensi Perakuan Pembetungan (APP) yang dilantik oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi memberi perkhidmatan memproses dan memperakukan kelulusan pelan-pelan sistem pembetungan, loji rawatan kumbahan, stesen pam, rangkaian pembetungan , sambungan paip dan tangki septik.

Fungsi dan Skop Kerja Perkhidmatan APP
  1. Mengkaji cadangan perancangan sistem pembetungan termasuk
    • memberi ulasan keperluan pembetungan ke atas permohonan tukar syarat atau pecah sempadan bagi mana-mana pembetungan
    • memberi ulasan ke atas permohonan kebenaran merancang serta pelan bangunan sekiranya diperlukan
    • menyelaras permohonan sistem pembetungan untuk skim-skim pembangunan di suatu kawasan perkitaran
    • mengadakan perundingan dan menasihati pemaju atau wakil arkitek atau jurutera
    • memastikan kecukupan laporan dan lukisan yang dikemukakan
    • menyemak cadangan perancangan supaya selari dengan keperluan perancangan pembetungan.
  2. Menguruskan Maklumat Perancangan Data Pembetungan-loji rawatan kumbahan, stesen pam, rangkaian pembetungan, sambungan paip dan tangki septik.
  3. Mengkaji Cadangan Rekabentuk Sistem Pembetungan yang dikemukakan oleh Orang Yang Berkelayakan (Qualified Person) bagi mematuhi garispanduan dan standard termasuk menyedia dan memberi ulasan atau kelulusan bagi pihak SPAN.
  4. Mengadakan pemeriksaan perantara termasuk pemeriksaan di pelbagai peringkat pembinaan selaras dengan lukisan  yang diluluskan serta penggunaan produk yang diluluskan oleh SPAN.
  5. Mengadakan pemeriksaan terakhir dan memberi surat pengesahan bagi tujuan pengeluaran sijil perakuan siap dan pematuhan (certificate of completion and compliance-CCC).
  6. Mewakili SPAN di pelbagai mesyuarat berkaitan dengan pembangunan baru dan kerja-kerja pembetungan yang dianjurkan oleh PBT, Pusat Sehenti (One Stop Centre) dan lain-lain agensi.
  7. Sentiasa mematuhi, mengamalkan dan menggunapakai garispanduan, akta-akta berkaitan sistem pembetungan.
    untuk maklumat lebih lanjut boleh lah melayari http://www.majaari.com.my untuk keterangan yang lebih lanjut.

sumber dari : http://www.majaari.com.my


Tips Untuk Penjimatan Air





Tandas :


Gunakan tandas yang mempunyai keupayaan curahan yang rendah (contohnya memilih sistem curahan yang berkeupayaan sebanyak 6 liter atau kurang) atau letakkan sebotol air ke dalam tangki curahan untuk mengurangkan air yang dicurah. 

Kurangkan kekerapan curahan dalam sehari. 

Sentiasa melakukan pemeriksaan untuk mengenal pasti sebarang kebocoran. Masukkan pewarna ke dalam tangki curahan dan memeriksa sekiranya terdapat air berwarna yang meleleh keluar ketika dan selepas curahan. 

Bilik Mandi :
Kurangkan masa mandian dan gunakan pancuran mandian bertekanan rendah.
Letakkan sebuah baldi berhampiran dengan pancuran ketika mandi untuk mengumpul air yang berlebihan. Air ini boleh digunakan untuk mencurah tandas atau menyiram taman.
Tutup pancuran mandian ketika bersabun. 

Sinki :
Jangan biarkan air mengalir ketika mencuci muka, menggosok gigi atau bercukur. Cara terbaik ialah menggunakan air di dalam bekas.
Baiki sebarang paip yang bocor atau yang sentiasa menitiskan air. 

Taman :
Siram taman dan pokok bunga ketika senja atau awal pagi untuk mengelakkan kehilangan air melalui penyejatan akibat daripada kepanasan.
Jangan menyiram pokok bunga secara berlebihan dan elakkan penyiraman ketika musim hujan.
Ubahsuai pemercik di taman supaya kadar air yang digunakan tidak berlebihan. Jika kawasan taman yang kecil, gunakan baldi atau salur getah. 

Sentiasa memeriksa dan mengubah suai pemercik mengikut cuaca.
Elakkan penggunaan baja yang berlebihan dan gunakan baja nitrogen berasaskan air.
Pilih landskap taman yang tidak memerlukan air yang banyak. 

Pastikan ketinggian rumput di taman lebih kurang 6 sm kerana rumput yang sederhana panjang dapat menyimpan air dengan lebih berkesan.
Gunakan penyapu untuk membersihkan kawasan luar rumah dan tepi rumah serta elakkan daripada menjirus air untuk membersihkan sampah sarap. 

Sebaik mungkin gunakan bekas tadahan bagi menyiram taman.
Dapur :
Jangan gunakan air yang mengalir untuk mencuci pinggan dan mangkuk, gunakan air yang ditadahkan di dalam sinki. 

Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air terus menitis.
Simpan sebotol air di dalam peti sejuk atau gunakan ais jika memerlukan air sejuk.
Cuci sayur-sayuran, buah-buahan atau makanan di dalam sinki yang berisi air dan elakkan air mengalir.
Pastikan mesin basuh penuh muatan cucian kerana setiap cucian akan menggunakan air yang sama walaupun pakaian hanya sedikit sahaja. 

Garaj :
Gunakan baldi untuk mencuci kereta dan elakkan penggunaan salur getah.
Elakkan tumpahan minyak kerana minyak memerlukan air yang banyak dan sabun untuk membersihkannya.
Lain-lain : 

Pastikan anda sentiasa menghadiri perjumpaan dan perbincangan mengenai air di kawasan anda.
Sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap sistem paip dalaman di rumah untuk mengelakkan sebarang kebocoran. 

Maklumkan sebarang kerosakkan paip kepada pihak berkuasa dengan serta merta.
Galakkan aktiviti-aktiviti kesedaran dan penjimatan air di sekolah yang berhampiran kawasan rumah anda.
Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam penjimatan dan pemuliharaan air.
Gunakan air tadahan hujan untuk kegunaan di garaj, di taman dan sekiranya boleh untuk curahan tandas simbah

CONTOH PENGIRAAN BIL AIR




No comments: