Sunday, December 22, 2013

2 UNIT BANGLO 1 TINGKAT DI BATU 8,MUKIM KADOK

HARGA JUALAN :RM 285,000.00  ( SOLD OUT)

Keluasan Rumah :1,336 kp
500m dari jalan utama
kawasan yang bebas banjir

LOKASI

-berdekatan dengan stesen minyak cartex
-lokasi tapak 500m dari jalan utama
-berdekatan dengan kias nilam puri
-2km dengan bandar baru tunjong
- 3km dengan pekan ketereh

RUMAH

- keluasan rumah : 1,336kp
-keluasan tanah : 5,500kp
- 4 bilik
- 3 bilik air
- semua ruang siling kapur
- semua ruang kemasan jubin
- banglo design moden


ANGGARAN BAYARAN BALIK PINJAMAN 30 TAHUN

1) KERAJAAN : RM 1,361/BULAN

2) SWASTA : RM 1,451/BULAN


PINJAMAN KERAJAAN & SWASTA AKAN DIURUSKAN OLEH PIHAK KAMI BAGI YANG
LAYAK

PENGELUARAN AKAUN 2 KWSP JUGA BOLEH DIURUSKAN OLEH PIHAK KAMI



DOKUMEN YANG DIPERLUKAN :

1)LOAN GOVT : SALINAN I/C DAN SLIP GAJI 3 BULAN

2)LOAN BANK : (KERJA SWASTA)-I/C, SLIP GAJI 3 BULAN, PENYATA BANK 3 BULAN, EPF STATEMENT

(PENIAGA)-IC, LESEN PERNIAGAAN, PENYATA BANK 6 BULAN, INCOME TAX STATEMENT

                               
HUBUNGI KAMI 
UNTUK KETERANGAN LANJUT:


EN HAQ : 017-9028319 (SMS/WHATSAPP)  haq_tengku@yahoo.com

PN INDA : 017-7983100

OFFICE :09-744 8100
FAX : 09- 748 8101

Tuesday, December 3, 2013

2 UNIT BANGLO DI MUKIM PATEK,DAERAH KADOK,KG PAYA LADA,KOTA BHARU

2 UNIT BANGLO 1 TINGKAT DEKAT SUP BELUT PAYA LADA UNTUK DIJUAL !!



LOT PT 814

LOT PT 815

LOKASI

- 30M DARI JALAN UTAMA
- SEBELAH KILANG BATA
- BERDEKATAN DENGAN PEKAN KETEREH
- 15 MINIT KE BANDAR BARU TUNJUNG
- RUMAH DALAM PEMBINAAN
- BERDEKATAN DENGAN SUP BELUT PAYA LADA


pt 815 side rail

30m dari jalan utama

berdekatan dengan kedai sup belut paya lada

SPEC RUMAH PT 815  HARGA JUALAN : RM 310,000.00


- keluasan rumah : 1,616kp
- 4 bilik
- 3 bilik air
- 1 living
- 1 ruang family
- 1 dining
- 1 dapur
- fully tiles termasuk porch
- fully siling kapur
- table top dapur

 TANAH PT 815

-HSM 690
- JAJAHAN KOTA BHARU
-MUKIM PATEK
- DAERAH KADOK
- KELUASAN :464KP/4994KP

SPEC RUMAH PT 814  HARGA JUALAN : RM 310,000.00


- keluasan rumah : 1,601kp
- 4 bilik
- 3 bilik air
- 1 living
- 1 ruang family
- 1 dining
- 1 dapur
- fully tiles termasuk porch
- fully siling kapur
- table top dapur

 TANAH PT 814

-HSM 689
- JAJAHAN KOTA BHARU
-MUKIM PATEK
- DAERAH KADOK
- KELUASAN :463KP/4981KP


>PINJAMAN KERAJAAN & SWASTA AKAN DIURUSKAN OLEH PIHAK KAMI BAGI YANG  
  LAYAK

> PENGELUARAN AKAUN 2 KWSP JUGA BOLEH DIURUSKAN OLEH PIHAK KAMI




DOKUMEN YANG DIPERLUKAN :

1) LOAN GOVT : SALINAN I/C DAN SLIP GAJI 3 BULAN

2) LOAN BANK : (KERJA SWASTA)-I/C, SLIP GAJI 3 BULAN, PENYATA BANK 3 BULAN, EPF STATEMENT

3) (PENIAGA)-IC, LESEN PERNIAGAAN, PENYATA BANK 6 BULAN, INCOME TAX STATEMENT


                               
=========>HUBUNGI KAMI UNTUK KETERANGAN LANJUT<==============


EN HAQ : 017-9028319 (SMS/WHATSAPP)  # haq_tengku@yahoo.com /PM

PN INDA : 017-7983100


 



Sunday, November 24, 2013

2 UNIT SEMI-D DAN 1 UNIT BANGLO DI BETA HILIR,KOTA BHARU

BANGLO  1 TINGKAT


KELUASAN : 1,515KP





SEMI -D 1 TINGKAT
KELUASAN : 1,294KP

Tuesday, October 8, 2013

SYARAT PINDAH MILIK TANAH KEPADA PEMBELI RUMAH DI KELANTAN

  Pemohon (PEMBELI) mestilah dari kalangan Anak Kelantan sepertimana yang dimaksudkan dalam Enakmen Tanah Kelantan 1983 sebagai seorang yang termasuk dalam mana-mana kelas yang berikut:

A) Sesiapa yang lahir di Kelantan yang Bapanya orang Melayu

B) Sesiapa yang lahir di Kelantan ibunya orang melayu dan bapanya orang islam

C) Sesiapa yang dilahirkan di mana-mana yang bapanya orang melayu yang lahir di kelantan.

D) Sesiapa yang dilahirkan di mana-mana yang kedua-dua ibu bapanya ialah orang melayu dan telah menetap sekurang kurangnya 15 tahun di Kelantan

E) Sesiapa yang dilahirkan di Kelantan dan Bapanya juga dilahirkan di Kelantan


Jika tidak,pemohon perlu memohon kelulusan daripada pihak berkuasa negeri atau kelulusan EXCO terlebih dahulu.

Tanah itu mesti bebas daripada sebarang bebanan atau bantahan-bantahan


Monday, September 23, 2013

TIP-TIP SEMASA MEMBELI RUMAH




Setiap institusi perbankan islam menawarkan pakej pembiayaan perumahan -i yang berbeza.teliti semua ciri pakej pembiayaan tersebut dan jangan membuat keputusan hanya berdasarkan kepada satu ciri tertentu sahaja.carilah pakej yang sesuai dengan keperluan kewangan anda di samping menawarkan manfaat tambahan ,seperti terma-terma pembayaran yang menguntungkan anda

berikut adalah di antara tip-tip yang boleh anda gunakan.



APAKAH YANG SAYA MAMPU ?

Buat belanjawan bagi menentukan harga rumah yang mampu anda beli.

Dengan belanjawan ini, anda boleh menentukan harga maksima hartanah yang ingin anda beli. Sebagai panduan, komitmen bulanan seperti ansuran rumah, kereta dan lain-lain bayaran tidak boleh melebihi 1/3 daripada pendapatan kasar isi rumah.

Periksa sumber kewangan anda:
 
Tabungan persendirian
 


pastikan anda mempunyai tabungan persendirian yang mencukupi untuk menjelaskan bayaran muka (anggaran 10% - 20% daripada harga rumah) dan kos sampingan lain seperti fi guaman dan duti setem (anggaran tambahan 3% - 5%)
  
Pengeluaran daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
 




jumlah simpanan KWSP yang boleh dikeluarkan untuk membeli rumah tidak boleh melebihi jumlah yang ada dalam Akaun 2 anda. Sila hubungi pejabat KWSP yang berdekatan untuk membuat pertanyaan berhubung kelayakan membuat pengeluaran tersebut
  
Kemudahan pembiayaan daripada institusi perbankan Islam
 
 
buat tinjauan dan perbandingan terhadap pakej pembiayaan di pasaran yang paling sesuai dengan anda, kualiti perkhidmatan yang cekap dan boleh dipercayai, serta caj-caj yang dikenakan seperti fi guaman, fi dan caj berkaitan yang dibayar kepada pihak kerajaan


RUMAH DALAM PEMBINAAN

jika anda ingin membeli rumah yang masih dalam pembinaan, sila periksa latar belakang pemaju. Jangan takut untuk bertanyakan pelbagai soalan kepada pemaju. Pemaju yang mempunyai rekod yang baik akan mengurangkan risikoprojek terbengkalai. Pastikan pemaju:
 
mempunyai lesen sah yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

mempunyai permit sah pengiklanan dan jualan yang dikeluarkan oleh penguat kuasa tempatan
.


RUMAH SIAP

Jika anda ingin membeli rumah yang telah siap daripada penjual, sila dapatkan nilai pasaran bagi rumah yang serupa di kawasan yang sama.

Sumber: http://www.bankinginfo.com.my/03_discover_islamic_banking/0303_things_to_note/tips_buying_property.php?intPrefLangID=2

Tuesday, August 27, 2013

1 unit banglo 1 tingkat di kg lapang pari,badang,kota bharu

1 unit banglo 1 tingkat di kg lapang pari,badang,kota bharu

kawasan penempatan sedia ada dan sedang dalam pembangunan.
> 1.4 km ke airport
>2.6 km ke pasaraya pantai timur taman bendahara dan UMK (universiti malaysia kelantan)
>3.2 km ke pantai cahaya bulan (pcb)
- 500 meter ke sekolah menengah kebangsaan badang

3 bilik 2 bilik air

lot 625  605mp/6,512kp
kawasan penempatan/perumahan yang baru
keadaan tapak rumah
kawasan pembangunan sekitar lot tapak
spec material

- struktur kekuda besi
- bata press yang bermutu
- lantai full mozek kecuali porch
- bumbung atap genting
-siling kapur semua ruang kecuali bilik air dan dapur
-pintu kayu solid ,bilik air pvc/folding
-tingkap cermin berbingkai aluminium putih
-tangki septik -es-3/rs-2 (2,200)
-tangki air 150 gelen
-air dan elektrik mengikut plan (air bergantung kepada kawasan punca air kelantan atau  punca air boring)

harga jualan adalah RM 253,220.00
pinjaman gov atau bank akan diuruskan 100% bagi yang layak oleh pihak kami
sila hubungi

En haq - 017-9028319
Pn inda - 017-7983100

RUMAH BANGLO 1 TINGKAT SECOND-HAND UNTUK DIJUAL DI SEBELAH UITM MACHANG,KELANTAN.

Rumah banglo 1 tingkat second-hand untuk dijual di sebelah kampus uitm machang.
-500 meter dari pintu masuk uitm
-pembaik pulih akan dilakukan jika ada serius buyer
-sesuai untuk dijadikan rumah sewa student uitm atau untuk pelaburan hartanah untuk masa hadapan

spec

> keluasan rumah 1510kp
>4 bilik 3 bilik air
> semua ruang mozek.kecuali bilik kecil dan porch
> bekalan air dari air boring.
pandangan hadapan

sisi
belakang
500m dari pintu utama uitm machang



skd 

Harga jualan RM 250,000.00
pinjaman boleh diuruskan jika berminat..
sila hubungi en Haq -017-9028319
untuk lawatan ke tapak

Monday, July 22, 2013

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang CCC?

   
contoh borang F (ccc)


   CC [Certificate of Completion and Compliance] adalah Perakuan Siap dan Pematuhan, dalam bahasa Malaysianya. CCC menggantikan CFO [Certificate of Fitness for Occupation] iaitu Perakuan Kelayakan Menduduki, dalam bahasa Malaysianya. 
 

CCC [Perakuan Siap dan Pematuhan] adalah perakuan bangunan yang dikeluarkan oleh para profesional seperti Arkitek Profesional yang berdaftar dengan LAM, Jurutera Profesional yang berdaftar dengan LJM dan/atau Pelukis Pelan Bangunan yang berdaftar dengan LAM sebagai Orang Utama Yang Mengemukakan [the Principal Submitting Person = PSP] sepertimana yang telah di takrifkan atau diperuntukkan oleh Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan 2007) (Akta A1286 - iaitu suatu Akta untuk meminda Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974), Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 [Pindaan 2007] [UKBS], yang bertanggungjawab mengawasi proses pembinaan bangunan berkenaan, untuk mengesahkan bangunan yang telah siap dibina adalah selamat dan layak diduduki yang mana pembinaanya adalah sepenuhnya mematuhi peruntukan undang-undang, pelan bangunan yang diluluskan dan juga syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh PBT diperingkat kelulusan pelan. Pentakrifan ini bertujuan membezakan peranan yang dimainkan diantara para profesional dengan pihak-pihak seperti kontraktor atau lain-lain profesional yang turut terlibat di dalam projek berkenaan. 


CCC boleh dikeluarkan SERENTAK atau bersekali dengan pengeluaran Notis Milikan Kosong (Notice of Vacant Possession) – ini akan menyingkatkan masa menunggu untuk memasuki bangunan oleh pemilik/pembeli bangunan.  

TETAPI:
Walaupun kuasa mengeluarkan CCC diambilalih oleh para profesional, pihak PBT [Pihak Berkuasa Tempatan] diberi peranan dan tanggungjawab untuk memastikan wujudnya faktor kawalan dan perseimbangan [check and balance] dalam sistem perakuan ini. 

SEPERTI:
Kuasa meluluskan permohonan Kebenaran Merancang dan Kelulusan Pelan Bangunan masih lagi milik PBT. PBT juga berkuasa membuat pemeriksaan di tapak projek bila-bila masa dan dimana-mana peringkat pembinaan bangunan TERMASUK selepas bangunan disiapkan. 

KUASA PBT:
  1. Meluluskan Kebenaran Merancang,
  2. Meluluskan Pelan Bangunan,
  3. Berkuasa mengarahkan PSP atau PBT sendiri mengambil tindakan membetulkan sebarang ketidakpatuhan [non-compliance] kepada peruntukan undang-undang atau syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam proses kelulusan pelan. Namun penetapan faktor ketidakpatuhan hanya layak ditentukan oleh Mesyuarat Jawatankuasa OSC.
  4. PBT boleh mengeluarkan arahan berhenti kerja atau mengeluarkan arahan menahan pengeluaran CCC jika mana-mana ketidakpatuhan yang telah dikenalpasti tidak diperbetulkan.
  5. PBT boleh mendakwa para profesional dan melaporkan salahlaku mereka untuk tindakan disiplin oleh lembaga profesional yang berkenaan. [INGAT: Di bawah Akta Arkitek 1967 [Akta 117][Pindaan 2007], tindakan disiplin termasuk pembatalan pendaftaran sebagai profesional boleh dikenakan atas salahlaku yang membabitkan kemungkiran tanggungjawab atau pelanggaran etika].   
  6. PBT akan memastikan bangunan lebih dari 5 tingkat dan berusia 10 tahun dari tarikh CCC dikeluarkan, diperiksa tahap keselamatannya setiap 10 tahun.

KELEBIHAN CCC:
Satu kehendak [sebagai satu sistem kawalan] dengan menetapkan setiap pihak, iaitu samada kontraktor atau sub-kontraktor tred dan profesional lain yang bertanggungjawab terhadap sesuatu komponen pembinaan itu diwajibkan mengesahkan penyiapan dan pematuhan komponen berkenaan. Sebagai contoh kontraktor yang bertanggungjawab kepada pemasangan sistem pepaipan dalaman bangunan adalah juga bertanggungjawab memperakukan bahawa sistem pepaipan berkenaan telah mematuhi peruntukan perundangan, syarat-syarat dan pelan yang diluluskan.   

YANG JELAS:
Yang jelas dalam konteks CCC ini, Arkitek Profesional, Jurutera Profesional dan Pelukis Pelan Berdaftar telah dipertanggungjawabkan menentukan segala aspek teknikal seperti pelan yang telah diluluskan yang sebelum ini tanggungjawab PBT, dipertanggungjawabkan kepada mereka untuk mengeluarkan satu perakuan mengesahkan bahawa bangunan yang dibina adalah layak dan selamat diduduki. Pengeluaran perakuan kelayakan menduduki [CFO] seumpama ini sebelum ini, adalah kuasa PBT. Atas perlaksanaan ini maka untuk menetapkan tanggungjawab ini [kuasa mengeluarkan CCC] maka 6 akta telah dipinda, seperti: 
  1. Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Pindaan 2007] [Akta 133],
  2. Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 [Pindaan 2007] [Akta 133],
  3. Akta Arkitek 1967 [pindaan 2007] [Akta 117],
  4. Akta Pendaftaran Jurutera 1967 [Pindaan 2007] [Akta 138],
  5. Akta Pemajuan Perumahan [Kawalan dan Pelesenan] 1966 [Pindaan 2007] [Akta 118]; dan
  6. Akta Hakmilik Strata 1985 [Pindaan 2007[ [Akta 318].
     sumber dari : http://arkrab.wordpress.com/category/undang-undang-peraturan-bangunan/       

Saturday, July 6, 2013

Harga rumah naik 20 peratus

Peningkatan kos bahan mentah, isu kuota Bumiputera beban pemaju

PUTRAJAYA: Unjuran harga hartanah akan meningkat sehingga 20 peratus dalam separuh kedua 2011 bukan disebabkan permintaan pasaran yang tinggi, tetapi sebaliknya berpunca daripada kenaikan harga bahan binaan dan kos pembinaan.
Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk Seri Michael K C Yam, berkata berdasarkan maklum balas diperoleh daripada sektor berkenaan, 65 peratus berpendapat harga hartanah akan meningkat sehingga 20 peratus menjelang akhir tahun ini.


Sehubungan itu, katanya, 47 peratus pemaju berkata, mereka bercadang menaikkan harga jualan bagi projek masing-masing sehingga 15 peratus menjelang pelancaran jualannya akhir tahun ini.

“Pemaju kini dibebani kenaikan harga batu bata, besi, simen dan pasir, selain masalah kekurangan tenaga kerja, manakala sikap tidak telus dan kegagalan pihak berkuasa tempatan (PBT) menangani isu perumahan bagi kuota Bumiputera turut menyumbang kepada peningkatan kos operasi pemaju.

“Harga batu bata meningkat 27 peratus kepada 42 sen tahun ini berbanding 33 sen tahun lalu, harga besi kerangka meningkat 13 peratus kepada RM2,589 satu tan berbanding RM2,285 satu tan pada 2010. Sejak Julai lalu, harga simen, pasir, batu bata dan besi masing-masing naik lagi sehingga 46.2 peratus, 81.1 peratus, 47.2 peratus dan 69.5 peratus.

“Jadi, Panel Majlis Kebangsaan REHDA menggesa supaya peruntukan kuota Bumiputera disemak semula kerana ia antara punca utama pemaju menanggung kerugian, selain dibebani kenaikan harga bahan binaan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Mengikut syarat sekarang, pemaju mesti memperuntukkan antara 30 hingga 70 peratus unit rumah untuk kuota Bumiputera dan unit yang tidak terjual hanya boleh dilepaskan jika mendapat kelulusan kerajaan negeri berkenaan.

Pemaju juga perlu membayar kadar diskaun tujuh peratus untuk kuota Bumiputera sebagai levi kepada kerajaan negeri berkenaan.

Michael berkata, unit rumah kuota Bumiputera kurang diminati pembeli Bumiputera sendiri kerana ia hanya boleh dijual kepada pembeli Bumiputera saja, sekali gus menyukarkan mereka mendapatkan pembeli pada masa depan.

Beliau berkata, fenomena itu menyebabkan pembeli Bumiputera lebih cenderung membeli unit rumah bukan kuota Bumiputera dan keuntungan pemaju pula terjejas kerana tidak ada pembeli untuk unit rumah kuota Bumiputera itu.

Katanya, syarat kuota Bumiputera itu harus dikaji semula kerana bimbang industri hartanah mungkin diperalatkan sebagai senjata politik pihak tertentu.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan pasaran hartanah negara masih kukuh kerana bergantung kepada pembeli tempatan yang menduduki sendiri hartanah dibeli, sekali gus terlindung daripada kemerosotan ekonomi yang memberi kesan ketara terhadap pasaran hartanah di negara maju.

Berdasarkan Laporan Kaji Selidik Industri Hartanah REHDA bagi separuh pertama tahun ini, hanya 52 peratus pemaju, berbanding 55 peratus pemaju pada separuh pertama 2010, melancarkan projek baru.

Walaupun jumlah projek baru berkurangan, purata saiznya bertambah kepada 150 unit setiap projek pada separuh pertama 2011 berbanding hanya 100 unit bagi tempoh sama tahun lalu, sekali gus membuktikan pemaju lebih cenderung memilih projek mempunyai permintaan pasaran tinggi.

sumber dari :http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Hargarumahnaik20peratus/Article

Faktor bahan binaan naik harga

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengenal pasti tiga faktor kenaikan harga bahan mentah pembinaan setiap tahun antaranya kenaikan bahan bakar, tarif elektrik dan kadar faedah bank yang menyumbang kepada peningkatan kos pengeluaran bahan mentah, upah, alat ganti, pengangkutan dan kos pinjaman atau kredit.
Selain itu, perubahan harga bahan mentah import di pasaran antarabangsa yang menggunakan kandungan import seperti besi dan kabel juga menjadi antara penyumbang kepada peningkatan harga berkenaan. Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Judin Abdul Karim berkata, faktor ketiga ialah pertumbuhan pesat projek pembinaan yang menyumbang kepada peningkatan permintaan bahan binaan. Katanya, Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8)(2001-2005), pelaksanaan projek adalah konsisten setiap tahun memandangkan peruntukan awal RMK-8 RM110 bilion iaitu lebih rendah berbanding RMK9 (RM220 bilion).

“Dalam tempoh awal pelaksanaan RMK9 iaitu dua tahun pertama terutamanya akhir tahun 2006 sehingga pertengahan 2007, pelbagai projek rancak dilaksanakan bagi memastikan apa yang dirancangkan siap dalam tempoh berkenaan dan mewujudkan permintaan tinggi.
“Bagi RMK10 pula, jumlah peruntukan adalah sebanyak RM230 bilion di samping projek Program Penggerak Ekonomi (EPP) yang telah diumumkan sehingga kini berjumlah 141 projek dengan anggaran pelaburan bernilai RM209 bilion,” katanya.

Sementara itu, Judin berkata, simen adalah bahan mentah yang menunjukkan peningkatan paling ketara apabila ia menunjukkan kenaikan sebanyak 9.75 peratus pada 2011, 3.13 peratus pada awal 2012 dan 5.58 peratus pada suku ketiga 2012. Keseluruhannya harga simen mencatatkan peningkatan tahunan pada kadar lebih 6.16 peratus.

sumber dari : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Faktorbahanbinaannaikharga//Article/index_html

Monday, June 17, 2013

6 UNIT BANGLO 1 TINGKAT DI BERIS LALANG,BACHOK

DEPAN
BELAKANG
SUSUN ATUR
PELAN LOKASI

keadaan di tapak





 untuk download brocher boleh klik di sini

KELUASAN TANAH:

1)   LOT  7060   6964 KP  HARGA RUMAH DARI RM  223,515.00 - RM 231,390.00
2)   LOT  7061   7061 KP  HARGA RUMAH DARI RM  224,485.00 - RM 232,360.00
3)   LOT  7062   8084 KP  HARGA RUMAH DARI RM  234,715.00 - RM 242.590.00
4)   LOT  7063   8127 KP  HARGA RUMAH DARI RM  235,145.00 - RM 243,020.00
5)   LOT  7064   6997 KP  HARGA RUMAH DARI RM 223,845.00  - RM 231,720.00
6)   LOT  7065   6997 KP  HARGA RUMAH DARI RM 223,845.00 -  RM 231,720.00

>PINJAMAN LOAN KERAJAAN & SWASTA AKAN DIURUSKAN 100% BAGI YANG LAYAK OLEH
   PIHAK PEMAJU.
> KEMUDAHAN PENGELUARAN AKAUN 2 KWSP.


UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI

EN HAQ : 017-9028319
PN INDA: 017-7983100
OFFICE: 09-7448100
FAX : 09-7488101

2 UNIT SEMI D & 1 UNIT BANGLO DI BETA HILIR,KOTA BHARU

DEPAN

BELAKANG

PELAN LOKASI

PELAN LANTAI SEMI-D ( 1,294 KP)
banglo 1 tingkat  1515kp

LOT SEMI-D
BANGLO  1 TINGKAT  65% KESIAPAN
HARGA 280,000.00
DALAMAN BANGLO
SEMI-D 2 UNIT 60% KESIAPAN
HARGA SEMI-D 220,000.00

untuk download brocher sila klik di sini

-2km dari mulong
- 4 km dari bandar baru tunjong
- sesuai untuk pelaburan jangka masa hadapan
- kawasan baru perumahan.
- berdekatan dengan perumahan sbj
-berdekatan dengan masjid beta hilir.

harga baru  6/10/2013

1 unit banglo 1 tingkat : 3 bilik 3 bilik air  RM 280,000.00
1 unit semi-d 1 tingkat : 3 bilik 3 bilik air  RM  220,000.00

kemudahan pinjaman

kerajaan  ataupun bank diuruskan 100% oleh pemaju.
percuma fee guaman.

untuk maklumat lanjut sila hubungi:

En haq : 017-9028319
Pn inda : 017-7983100

Wednesday, April 24, 2013

6 UNIT BANGLO 1 TINGKAT DI PADANG PAK AMAT

RUMAH MAMPU DIMILIKI
6 unit sahaja yang tinggal....untuk maklumat yang lebih lanjut.klik di sini


kerja-kerja pembinaan bermula
masuk ke tapak ikut belakang LTN (lembaga tembakau negara)
kerja-kerja tambun tanah
untuk download brocher sila klik di sini ( adobe reader PDF  diperlukan untuk membuka file ini )