Sunday, December 25, 2011

Terajui Shoppe: ECosway

Terajui Shoppe: ECosway: Terokai Pemasaran Bersama™ Suatu konsep unik yang memberi kelebihan bersama kepada semua peserta.  Pembeli  menang dengan produk yang heba...

Wednesday, December 21, 2011

Harga rumah baru akan meningkat 20 peratus

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Harga kediaman yang bakal dilancarkan pada separuh kedua 2011 dijangka meningkat sebanyak 20 peratus, menurut kaji selidik Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda).
Presidennya, Datuk Seri Michael K.C. Yam berkata, peningkatan tersebut adalah disebabkan peningkatan harga bahan mentah binaan serta kekurangan tenaga kerja.
''Perkara tersebut tidak membantu pemaju hartanah kerana melalui kaji selidik tersebut kami dapati kebanyakan pembeli mencari rumah murah walaupun di kawasan bandar yang tanahnya kurang dan kos adalah tinggi.
''Ia meletakkan pemaju hartanah dalam keadaan sukar untuk mengehadkan kos untuk memenuhi permintaan pasaran dan pada masa yang sama menguruskan kenaikan kos bahan mentah,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada taklimat media mengenai prestasi hartanah pada separuh pertama tahun ini dan tinjauan hadapan bagi separuh kedua 2011 serta awal 2012, di sini hari ini.
Hadir sama Pengerusi Rehda Cawangan Kuala Lumpur, NK Tong dan Ketua Ekonomi RAM Holdings Bhd. (RAM), Dr. Yeah Kim Leng.
Tambah Yam, 47 peratus responden merancang untuk menaikkan harga rumah yang bakal dilancarkan syarikat mereka.
''Bagi separuh kedua tahun ini, 61 peratus responden merancang melancarkan projek pembangunan hartanah mereka yang menunjukkan sentimen positif dengan purata 150 buah kediaman akan dibina untuk setiap pemaju.
''Melalui kaji selidik itu juga, ahli-ahli kami lebih memahami pasaran mereka dan telah berjaya mentafsirkan tempahan diterima kepada jualan,'' jelasnya.
Beliau berkata, pasaran hartanah tempatan masih lagi bergantung kepada pasaran domestik berbanding pembeli asing yang hanya sebanyak empat peratus.
Sementara itu, kajian itu mendedahkan, Skim Rumah Pertamaku yang diperkenalkan kerajaan pada Mac lalu, masih belum dilaksanakan sepenuhnya kerana ketiadaan mekanisme dan ramai tidak mempunyai maklumat lanjut, kadar faedah tinggi serta kesukaran mendapatkan pinjaman.
Secara keseluruhannya, bagi 2012, Yam berkata, pasaran hartanah negara adalah optimistik tetapi dijangka berhati-hati kerana mungkin berlaku perubahan polisi yang bakal diumumkan pada pembentangan Bajet 2012 nanti.

sumber dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0927&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_03.htm

Thursday, December 15, 2011

PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN

 SYARAT-SYARAT PINJAMAN

1.
Syarat-Syarat Asas
Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap
Warganegara Malaysia
Borang permohonan dikemukakan 1 tahun sebelum bersara/tamat perkhidmatan
Berkhidmat sekurang-kurang 1 tahun
Telah disahkan dalam jawatan
Bukan seorang bangkrap @ siberhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib
Pembelian harta di Sabah dan Sarawak mesti melalui BPP cawangan di Sabah dan di Sarawak
Perjanjian jualbeli atau perjanjian pembinaan rumah perlu penyaksian peguam
Peminjam diwajibkan mengambil Insurans/Takaful Gadai Janji dan Insurans/Takaful pemilik rumah kediaman
yang disediakan oleh Pihak Berkuasa memberi pinjaman
Pinjaman bersama suami dan isteri, Pinjaman ambil alih antara suami dan isteri dan Pinjaman dua nama di dalam
perjanjian jual beli mestilah disertakan dengan salinan Sijil Nikah atau Pendaftaran Perkahwinan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan.


KELAYAKAN PINJAMAN

Kadar kelayakan ini digunapakai untuk Hakim-hakim Mahkamah Agong/Mahkamah Tinggi dan yang setaraf
dengannya, Pegawai -Pegawai Perkhidmatan Awam Am, Anggota Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) 
dan Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Amaun Kelayakan Pinjaman Perumahan
adalah seperti berikut :

TARIKH BERKUATKUASA MULAI JANUARI 2011

Bil
Gaji Bulanan Hakiki (RM)
                Kelayakan Pinjaman (RM)
1
6,500 dan ke atas
450,000
2
5,500 ke 6,499
420,000
3
4,500 ke 5,499
400,000
4
3,500 ke 4,499
380,000
2
3,000 ke 3,499
320,000
3
2,500 ke 2,999
280,000
4
2,000 ke 2,499
255,000
5
1,500 ke 1,999
205,000
6
1,200 ke 1,499
168,000
7
1,000 ke 1,199
130,000
8
800 ke 999
105,000
9
799 dan ke bawah
80,000

 

Wednesday, December 14, 2011

Terajui Construction & Renovations

  Kami merupakan sebuah syarikat 100% bumiputra yang memberi perkhidmatan renovation rumah/pejabat serta memberi khidmat rundingan untuk membina rumah di atas tanah sendiri atau kami akan mencari tanah yang anda khendaki serta boleh membina rumah dgn keluasan serta reka bentuk yang anda khendaki berdasarkan bajet kos yang anda inginkan.(Hanya di negeri Kelantan sahaja)

PINJAMAN PERUMAHAN

Urusan Loan Kerajaan,Loan Bank,Pengeluaran KWSP ,LTAT serta KOWAJA  akan kami uruskan bagi yang layak memohon pinjaman.


DESIGN RUMAH

Kami mempunyai design rumah yang moden serta pelbagai keluasan yang pelbagai yang anda boleh pilih atau anda sendiri design  untuk rumah impian anda


HARGA


Kami memberi harga yang berpatutan bagi membekal barang dan upah membina serta urusan memohon pinjaman,fee guaman,fee arkitek,fee engginering serta fee kelulusan plan selaras dengan harga semasa,kami juga akan memberi jaminan yang anda akan berpuas hati dengan hasil kerja kami dengan tukang yang berpegalaman sehingga mendapat sijil layak duduk (CCC)

SKOP KERJA YANG DITAWARKAN

1) Renovation rumah,kedai,pejabat
2) Membina rumah idaman di atas tanah sendiri atau kami yang cari

untuk melihat contoh rumah sila klik Rumah Idaman

Hubungi kami untuk pertanyaan atau rundingan

NO H/P 017-9028319 (HAQ)
haq_tengku@yahoo.com


Atau datang sendiri di pejabat kami :

PT 2296,TKT 2,KOTA SRI SBJ SURIA BEREK 12 ,15200,
KOTA BHARU,KELANTAN TEL: 09-7448100,09-7489101, 
FAX: 09-7488101

Tuesday, December 13, 2011

Harga rumah dan strategi menilai harga


Strategi Harga Rumah
Harga rumah dan strategi menilainya; Apabila kita sebagai tuan rumah mengambil keputusan untuk menjual hartanah pasti kita sendiri berasa bingung bagaimana dan apakah caranya saya boleh menjual rumah ini? dan tertanya-tanya “apakah harga rumah saya? betul ke harga yang saya jual ini?” Saya pasti… setiap tuan rumah mesti akan berfikiran sebegitu.
Jadi hari ini saya ingin berkongsi sedikit info menarik bagaimana kita boleh melakukan penilian hartanah sendiri, sekurang-kurangnya kita tahu nilai hartanah kita.
Pada hemat saya, cara terbaik untuk anda menilai hartanah adalah dengan melakukan “perbandingan”. Bandingan bagaimanakah yang dimaksudkan? Perbandingan yang dimaksudkan adalah perbandingan data sejarah hartanah dikawasan anda.
Perbandingan data hartanah boleh dibuat dengan mengakses segala sumber data hartanah seperti akhbar, majalah, papan tanda dan internet. Akhbar-akhbar yang boleh digunakan dan banyak data-data hartanah adalah ruang “classified” TheStar. Ada beberapa majalah yang saya selalu gunakan seperti iproperty dan homefinder. Untuk internet anda boleh gunakan iproperty.com, propertylink.com.my, estate123.com, dan thinkproperty.com.my. Data-data ini dikumpulkan dan digunakan untuk perbandingan, sebaik-baiknya hartanah itu mesti didalam keluasan yang sama. Tetapi masalahnya tidak semua hartanah yang  dijual berada didalam keluasan yang sama oleh itu anda perlu menilai harga semasa tanah mengikut ukuran sekaki persegi (kps).
Ianya satu cara yang hampir-hampir tepat dan terbaik, Sekurang-kurangnya cari lah tiga (3) hingga lima (5) jenis hartanah didalam lingkungan kawasan dan saiz yang lebih kurang sama. Dibawah saya berikan simulasi perbandingan sebagai contoh;

Langkah 1. Cari perbandingan mengikut ukuran kaki persegi (KPS)
Rumah 1: 960 kps
Rumah 2: 2,250 kps
Rumah 3: 1,550 kps
Jumlah : 4,760 kps
4,760 / 3 = 1,587 Kaki persegi
1,587 adalah purata perbandingan anda mengikut ukuran kaki persegi

Langkah 2: Cari perbandingan harga dididalam kawasan
Rumah 1: RM289,000
Rumah 2: RM390,000
Rumah 3: RM325,000
Jumlah: RM1,004,000
RM1,004,000 / 3 = RM334,667
RM334,667 adalah harga purata perbandingan didalam kawasan

Langkah 3: Bahagikan purata harga dengan purata ukuran kaki persegi:
RM334,667 / 1,587 = RM211/sekaki persegi
RM211 adalah purata harga rumah anda didalam ukuran sekaki persegi

Langkah 4: Rangka harga rumah anda:
Ambil RM211 dan darabkan nilai tersebut kepada saiz rumah anda untuk mendapatkan harga jualan rumah. Sebagai contoh, jika rumah anda berkeluasan 1,587 sekaki persegi, darabkannya dengan RM211 (cth: 1,587kps x RM211 = RM334,857).
Nah! lihat, inilah harga cadangan rumah anda RM334,857!

Dapatkan penilaian profesional
Jika anda ingin mendapatkan kepastian dengan pandangan pihak yang lebih arif sila hubungi mana-mana penilai hartanah dan agensi hartanah yang berdekatan untuk membantu anda didalam penilaian.
Semoga kita dapat memperolehi manfaat dari artikel ringkas ini.

Pemaju Jangka Harga Hartanah Meningkat Naik!!!

Nilai hartanah Malaysia terus meningkat naik. Siapa yang boleh menyangka harga flet kos rendah dijangka boleh meningkat kepada kepada RM200,000 menjelang 2015 di bandar-bandar utama negara bagi pasaran terbuka. Dah tak lama dah, sekurang-kurangnya 4 tahun daripada sekarang.
Apabila sebut sahaja topik realiti harga rumah semasa di Malaysia hari ini, ramai yang akan garu dan geleng kepala. Terutamanya harga rumah semasa di sekitar Kuala Lumpur & Selangor. Tapi….tapi ada juga yang senyum sampai ke telinga melihat situasi sekarang ini.
Adakala ramai yang beranggapan harga rumah yang ditawarkan ketika ini amat menakutkan dan tak masuk akal. Persoalannya, mampukah rakyat biasa bersedia membelinya pada harga yang luar biasa?
It's a great time to get a great-looking new PC. Offers here.
Menurut Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan Malaysia (Rehda), kira-kira separuh daripada pemaju yang ditinjau bercadang menaikkan harga sebanyak 15 peratus pada pelancaran projek mereka tahun ini.
Selain itu, 65 peratus daripada 147 responden menjangka harga umum pasaran akan meningkat 20 peratus pada separuh kedua tahun 2011.Ketika membentangkan hasil kaji selidik persatuan itu di Petaling Jaya hari ini, ketua Redha Kuala Lumpur NK Tong (kanan) berkata, sebahagian besar kenaikan harga didorong oleh kenaikan secara besar-besaran dalam kos pembinaan.

Antaranya ialah kenaikan harga kos tetulang keluli yang telah meningkat sebanyak 13 peratus kepada RM2, 589 setan berbanding harga pada 2010. Harga simen pula naik sehingga 4 peratus daripada RM15.64 setiap beg pada 2010. Batu-bata juga meningkat 27 peratus kepada 42 sen berbanding 2010.
Kenaikan kos barang telah membuatkan pemaju bakal menaikkan harga rumah selepas ini.Nak tak nak, kita masih memerlukan sebuah rumah untuk berteduh.Bagi yang dah mempunyai rumah, mungkin sudah selesa, namun bagi yang baru bercadang-cadang untuk memiliki rumah pertama,bakal garu kepala lepas ini.

Apa pendapat anda tentang nilai hartanah Malaysia ketika ini?

Sunday, December 11, 2011

SYARIKAT JAMINAN KREDIT PERUMAHAN

   Kerajaan Malaysia, dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (2008) di Dewan Rakyat pada 7 September 2007, sedar akan kesukaran yang dialami mereka yang tidak berpendapatan tetap, seperti petani dan peniaga kecil, dalam mendapatkan kemudahan kewangan bagi membeli rumah idaman mereka.
Bagi mengatasi kesukaran tersebut, Kerajaan telah menubuhkan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Bhd ("SJKP") bagi menjamin kemudahan kewangan yang akan diberikan oleh institusi kewangan yang turut terlibat di dalam skim ini.
Para pemohon pinjaman mestilah mempunyai keupayaan untuk membayar balik pinjaman perumahan meskipun mereka tiada bukti pendapatan bulanan.
SJKP ditubuhkan sebagai sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan, Diperbadankan pada 6 Disember 2007.
SJKP telah melantik Prokhas Sdn Bhd (juga sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan, Diperbadankan) bagi menguruskan operasi harian SJKP, untuk tempoh permulaan selama 2 tahun. 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

SJKP telah mencapai persetujuan dengan institusi-institusi kewangan yang terlibat dalam menyediakan pinjaman perumahan yang akan dijamin oleh SJKP untuk peminjam-peminjam yang layak.
Dengan bantuan yang diberikan oleh SJKP untuk menjamin pinjaman yang dikeluarkan oleh pihak bank, SJKP dapat menjangkakan bahawa lebih ramai rakyat Malaysia akan mampu untuk memiliki rumah idaman mereka.
Mereka yang berminat untuk memohon skim pinjaman dan ingin mendapatkan keterangan lanjut bolehlah berhubung terus dengan cawangan institusi kewangan yang berdekatan.
Kami akan terus melipatgandakan usaha bagi mengembangkan skim ini bagi meliputi lain-lain institusi kewangan di Malaysia. 

KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan.
  • Pembeli rumah kediaman kos rendah / sederhana kali pertama.
  • Untuk kediaman.
  • Pendapatan kasar minima RM1,000 sebulan.
    -Pengesahan daripada pegawai kerajaan kategori A, Jawatankuasa Kemajuan
    dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih.
    -Dokumen bukti pekerjaan sendiri/perniagaan i.e. Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan.
    -Lain-lain dokumen sokongan tentang sumber pendapatan i.e akaun simpanan, akaun saham amanah.
  • Mesti bermastautin didalam lingkungan 20km daripada cawangan bank tempat permohonan di buat.
  • Lain-lain syarat
    - Pembayaran pinjaman perumahan < 40% daripada pendapatan kasar.
    - Pembayaran kesemua pinjaman < 65% daripada pendapatan kasar.
    - Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
    - Tiada lain-lain rekod negatif bagi tempoh 24 bulan terkini.
    Untuk keterangan lanjut sila layari http://www.sjkp.com.my