Sunday, December 11, 2011

SYARIKAT JAMINAN KREDIT PERUMAHAN

   Kerajaan Malaysia, dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (2008) di Dewan Rakyat pada 7 September 2007, sedar akan kesukaran yang dialami mereka yang tidak berpendapatan tetap, seperti petani dan peniaga kecil, dalam mendapatkan kemudahan kewangan bagi membeli rumah idaman mereka.
Bagi mengatasi kesukaran tersebut, Kerajaan telah menubuhkan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Bhd ("SJKP") bagi menjamin kemudahan kewangan yang akan diberikan oleh institusi kewangan yang turut terlibat di dalam skim ini.
Para pemohon pinjaman mestilah mempunyai keupayaan untuk membayar balik pinjaman perumahan meskipun mereka tiada bukti pendapatan bulanan.
SJKP ditubuhkan sebagai sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan, Diperbadankan pada 6 Disember 2007.
SJKP telah melantik Prokhas Sdn Bhd (juga sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan, Diperbadankan) bagi menguruskan operasi harian SJKP, untuk tempoh permulaan selama 2 tahun. 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

SJKP telah mencapai persetujuan dengan institusi-institusi kewangan yang terlibat dalam menyediakan pinjaman perumahan yang akan dijamin oleh SJKP untuk peminjam-peminjam yang layak.
Dengan bantuan yang diberikan oleh SJKP untuk menjamin pinjaman yang dikeluarkan oleh pihak bank, SJKP dapat menjangkakan bahawa lebih ramai rakyat Malaysia akan mampu untuk memiliki rumah idaman mereka.
Mereka yang berminat untuk memohon skim pinjaman dan ingin mendapatkan keterangan lanjut bolehlah berhubung terus dengan cawangan institusi kewangan yang berdekatan.
Kami akan terus melipatgandakan usaha bagi mengembangkan skim ini bagi meliputi lain-lain institusi kewangan di Malaysia. 

KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan.
  • Pembeli rumah kediaman kos rendah / sederhana kali pertama.
  • Untuk kediaman.
  • Pendapatan kasar minima RM1,000 sebulan.
    -Pengesahan daripada pegawai kerajaan kategori A, Jawatankuasa Kemajuan
    dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih.
    -Dokumen bukti pekerjaan sendiri/perniagaan i.e. Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan.
    -Lain-lain dokumen sokongan tentang sumber pendapatan i.e akaun simpanan, akaun saham amanah.
  • Mesti bermastautin didalam lingkungan 20km daripada cawangan bank tempat permohonan di buat.
  • Lain-lain syarat
    - Pembayaran pinjaman perumahan < 40% daripada pendapatan kasar.
    - Pembayaran kesemua pinjaman < 65% daripada pendapatan kasar.
    - Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
    - Tiada lain-lain rekod negatif bagi tempoh 24 bulan terkini.
    Untuk keterangan lanjut sila layari http://www.sjkp.com.my


No comments: