Monday, December 31, 2012

Perbandingan Jenis-Jenis Pengeluaran KWSP Akaun 2 Untuk Membeli Rumah



Secara ringkasnya EPF / KWSP telah menyediakan 5 jenis pengeluaran KWSP Akaun 2 untuk bantu rakyat Malaysia memiliki rumah dengan lebih mudah seperti berikut:
  • Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
  • Pengeluaran Membina Rumah
  • Pengeluaran Membeli Rumah
  • Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
  • Pengeluaran Perumahan Fleksibel

Pengeluaran Mengurang / Menyelesaikan Pinjaman Perumahan


Ciri-Ciri Penting
Tujuana) Mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk mengurangkan atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan yang dibeli secara individu; ATAU pembelian secara bersama dengan ahli keluara terdekat (ibu-bapa, suami-isteri, adik-beradik, atau anak-anak) atau individu lain yang tiada pertalian keluarga; ATAU membantu suami / isteri mengurang atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan suami / isteri.
b) Pengeluaran untuk mengurang atau menyelesaikan baki pinjaman untuk rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan.
Kelayakan Memohona) Warganegara Malaysia.
b) Bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998, ATAU mendapat taraf Penduduk Tetap (PR).
c) Mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500 di dalam Akaun 2.
Syarat-syarat Pengeluarana) Membeli atau membina rumah kediaman (banglo / teres / berkembar / apartment / kondominium / studio apartment / service apartment / townhouse / SoHo / rumah kedai dengan unit kediaman).
b) Permohonan boleh dibuat SEKALI SETAHUN daripada tarikh pengeluaran perumahan terdahulu.
c) Ahli TIDAK LAYAK memohon jika:-
(i) Tujuan pinjaman untuk mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada atau bagi tujuan peribadi.
(ii) Pinjaman berbentuk overdraf.
(iii) Pinjaman diambil daripada individu.
(iv) Pinjaman untuk mengurangkan atau menyelesaikan baki pinjaman untuk rumah ketiga.
(v) Pinjaman untuk mengurangkan atau menyelesaikan baki pinjaman rumah yang dibeli di luar negara.
(vi) Baki pinjaman perumahan asal telah selesai.
Amaun Yang Layak Dikeluarkana) Jumlah baki pinjaman perumahan; ATAU
b) Semua simpanan dalam Akaun 2
Kaedah Bayarana) Pengkreditan terus ke akaun pinjaman perumahan
b) Cek jurubank kepada institusi pemberi pinjaman perumahan
Cara Permohonan Dihantar a) Serahan di kaunter
b) Serahan melalui POS

Pengeluaran Membina Rumah


Ciri-Ciri Penting
Tujuana) Mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembinaan sebuah rumah secara individu; ATAU pembinaan secara bersama dengan suami / isteri.
b) Pengeluaran untuk membina rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan.
Kelayakan Memohona) Warganegara Malaysia.
b) Bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU mendapat taraf Penduduk Tetap (PR).
c) Mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500 di dalam Akaun 2.
Syarat-syarat Pengeluarana) Membina sebuah rumah kediaman / rumah kampung di atas tanah milik sendiri atau milik suami / isteri; ATAU
Suami / isteri membina sebuah rumah / rumah kampung di atas tanah milik ahli; ATAU
Ahli membina rumah panjang (bagi Sabah & Sarawak); ATAU
Ahli membina sebuah rumah di atas tanah FELDA atau tanah milik agensi kerajaan lain yang diiktiraf.
b) Ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan; ATAU
Ahli telah membuat pengeluaran untuk membina rumah pertama dan telah menjualnya atau berlaku pelupusan pemilikan dan kemudian membina rumah kedua.
c) Ahli tidak layak memohon sekiranya:-
(i) Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja.
(ii) Mengubahsuai, membaiki / membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada.
(iii) Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf.
(iv) Membina rumah ketiga.
(v) Membina rumah di luar negara.
Amaun Yang Layak Dikeluarkana) 10% daripada kos bina rumah; ATAU
b) Semua simpanan dalam Akaun 2
Kaedah Bayarana) Pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.
Cara Permohonan Dihantar a) Serahan di kaunter
b) Serahan melalui POS

Pengeluaran Membeli Rumah


Ciri-Ciri Penting
Tujuana) Mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah.
B) Pengeluaran untuk membeli rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan.
Kelayakan Memohona) Warganegara Malaysia.
b) Bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998, ATAU mendapat taraf Penduduk Tetap (PR).
c) Mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500 di dalam Akaun 2.
Syarat-syarat Pengeluarana) Membeli sebuah rumah kediaman (banglo / teres / berkembar / apartment / kondominium / studio apartment / service apartment / townhouse / SoHo / rumah kedai dengan unit kediaman).
b) Ahli tidak layak memohon jika:-
(i) Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja.
(ii) Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada.
(iii)Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli.
(iv) Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf.
(v) Membeli rumah ketiga.
(vi) Membeli rumah di luar negara.
Amaun Yang Layak Dikeluarkana) 10% daripada harga rumah; ATAU
b) Semua simpanan dalam Akaun 2.
Kaedah Bayarana) Pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.
Cara Permohonan Dihantar a) Serahan di kaunter
b) Serahan melalui POS

Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan


Ciri-Ciri Penting
Tujuana) Mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan yang diambil bagi tujuan pembelian atau pembinaan rumah.
b) Pengeluaran ini adalah tambahan kepada pengeluaran perumahan sedia ada iaitu Pengeluaran Mengurang / Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan.
Kelayakan Memohona) Warganegara Malaysia.
b) Bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998, ATAU mendapat taraf Penduduk Tetap (PR).
c) Mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500 di dalam Akaun 2.
Syarat-syarat Pengeluarana) Ahli mestilah merupakan seorang pembeli ATAU pembina DAN peminjam ke atas sebuah rumah kediaman (banglo / teres / berkembar / apartment / kondominium / studio apartment / service apartment / townhouse / SoHo / rumah kedai dengan unit kediaman).
b) Pengeluaran ini boleh dibuat untuk mana-mana rumah di Malaysia tertakluk kepada sebuah rumah bagi setiap ahli. Pengeluaran seterusnya (sekiranya masih ada baki pinjaman) hanya boleh dibuat bagi rumah yang sama.
c) Ahli yang mempunyai tunggakan pinjaman perumahan yang berstatus NPL (Non-Performing Loan) dibenarkan untuk memohon Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan (PABPP).
Amaun Yang Layak Dikeluarkana) Jumlah baki pinjaman perumahan; ATAU
b) Semua simpanan dalam Akaun 2.
Kaedah Bayarana) Pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.
b) Cek jurubank bagi ansuran bulanan pinjaman perumahan berstatus NPL (Non-Performing Loan)
Cara Permohonan Dihantar a) Serahan di kaunter
b) Serahan melalui POS

Pengeluaran Perumahan Fleksibel


Ciri-Ciri Penting
Tujuana) Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah proses menghadang atau mengenepikan sebahagian simpanan dalam Akaun 2 ahli ke Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel bagi membolehkan ahli mendapatkan pinjaman perumahan yang lebih tinggi untuk membeli / membina rumah.
b) Berdasarkan konsep ini, caruman bulanan kepada KWSP dianggap sebagai pendapatan. Dengan ini, ahli boleh mendapat jumlah pinjaman yang lebih tinggi kerana penilaian kredit (credit assessment) ke atas pendapatan bersih turut mengambilkira caruman KWSP (bahagian pekerja dan majikan). Oleh yang demikian, ahli boleh membeli / membina rumah yang lebih tinggi harganya kerana ini boleh melayakkan mereka mendapat pinjaman yang lebih tinggi untuk membiayai pembelian / pembinaan rumah.
Kelayakan Memohona) Warganegara Malaysia.
b) Bukan warganegara Malaysia yang mendapat taraf Penduduk Tetap (PR).
Syarat-syarat Pengeluarana) Membeli sebuah rumah kediaman (banglo / teres / berkembar / apartment / kondominium / studio apartment / service apartment / townhouse / SoHo / rumah kedai dengan unit kediaman); ATAU
b) Membina sebuah rumah kediaman / rumah kampung di atas tanah milik sendiri atau milik suami / isteri; DAN
c) Mengambil pinjaman perumahan bagi tujuan membeli / membina rumah dengan mana-mana institusi kewangan yang diluluskan.
b) Ahli tidak layak memohon jika:-
(i) Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja.
(ii) Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada.
(iii) Mengambil pinjaman berbentuk overdraf atau bagi tujuan pembiayaan semula (refinancing).
(iv) Membeli / membina rumah di luar negara.
Amaun Yang Layak Dikeluarkana) Amaun yang dipohon tidak boleh melebihi Amaun Pinjaman Perumahan.
b) Pindaan simpanan Akaun 2 yang dipohon boleh dibuat seperti berikut:
(I) Pindahan simpanan sedia ada daripada Akaun 2 dan pindahan bulanan (mengikut amaun tetap yang dipohon oleh ahli); ATAU
(ii) Pindahan bulanan (mengikut amaun tetap yang dipohon oleh ahli) sahaja.
c) Pindahan Amaun tetap bulanan tidak boleh diubah dan akan kekal mengikut amaun yang telah dipilih semasa memohon.
Kaedah Bayarana) Apabila hadangan simpanan telah dibuat, ahli tidak boleh menggunakan simpanan / caruman dalam Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel berkenaan bagi tujuan pengeluaran perumahan, pendidikan, kesihatan dan pengeluaran umur 50 tahun. Bagaimanapun, simpanan / caruman yang tidak dihadang dalam Akaun 2 masih boleh digunakan bagi tujuan yang dibenarkan di bawah Akta KWSP 1991 seperti pengeluaran perumahan, pendidikan, kesihatan dan pengeluaran umur 50 tahun.
b) Amaun dalam Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel tidak akan diserahhak (assign) kepada institusi kewangan. Amaun tersebut masih milik ahli dan di bawah kawalan KWSP.
c) Simpanan dalam Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel masih menerima dividen tahunan. Bagaimanapun, dividen tahunan berkenaan akan dikreditkan ke Akaun 2 ahli.
Cara Permohonan Dihantar a) Mendapatkan pengesahan pihak institusi kewangan mengenai maklumat pinjaman, pembelian / pembinaan rumah dan hadangan simpanan bagi tujuan Pengeluaran Perumahan Fleksibel.
b) Serahan permohonan melalui institusi kewangan.
c) Pengeluaran Perumahan Fleksibel mestilah dipohon bersama-sama dengan:
(i) Pengeluaran Membeli / Membina Rumah; ATAU
(ii) Pengeluaran Mengurang / Menyelesaikan Baki Pinjaman.

Untuk maklumat selanjutnya, sila layari website KWSP

Sumber dari :http://www.horlic.com/perbandingan-jenis-jenis-pengeluaran-kwsp-akaun-2-untuk-membeli-rumah/

Wednesday, December 19, 2012

Loan Calculator








Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank.

Check your eligibility and loan rates online. Enter the loan amount (harga rumah), interest rate (kadar faedah), down payment (wang muka) and see estimation of your monthly bank repayment on “Bayaran Bulanan”.

Senarai dibawah ini adalah kadar BLR terkini dari bank-bank Malaysia setakat 3 Oktober 2010.
1. Alliance Bank Malaysia Berhad – 6.30%
2. Affin Bank Berhad – 6.30%
3. AmBank (M) Berhad – 6.30%
4. Bank of America Malaysia Berhad – 6.30%
5. Bangkok Bank Berhad – 6.30%
6. Bank of China (Malaysia) Berhad – 6.30%
7. Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ (Malaysia) Berhad – 6.00%
8. CIMB Bank Berhad – 6.30%
9. Citibank Berhad – 6.30%
10. Deutsche Bank (Malaysia) Berhad – 6.30%
11. EON Bank Berhad – 6.30%
12. Hong Leong Bank Berhad – 6.30%
13. HSBC Bank Malaysia Berhad – 6.30%
14. J.P. Morgan Chase Bank Berhad – 6.20%
15. Malayan Banking Berhad – 6.30%
16. OCBC Bank (Malaysia) Berhad – 6.30%
17. Public Bank Berhad – 6.30%
18. RHB Bank Berhad – 6.30%
19. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad – 6.30%
20. The Bank of Nova Scotia Berhad – 6.30%
21. The Royal Bank of Scotland Berhad – 6.30%
22. United Overseas Bank (Malaysia) Berhad – 6.30%

+ Pinjaman Perumahan kerajaan 4.00%
+ Government Housing Loan 4.00%

- Kebanyakkan bank menawarkan BLR-1.7 sehingga BLR-2.3 peratus terhad pada bank tertentu sahaja.
- Most banks offer BLR-1.7 to 2.3 percent depending on project and individual offer.
Dari jumlah bayaran bulanan, darabkan kepada 3 untuk jumlah kelayakkan pendapatan seorang atau seisi rumah. (cth: Bulanan RM1500 x 3= RM4500 adalah pendapatan minima)
- Penafian: Kalkulator ini hanyalah cadangan semata-mata ia mungkin berbeza sedikit dari jumlah bayaran bank sebenar anda.

 Sumber dari :http://www.drumah.com/kalkulator-pinjaman

Tuesday, December 18, 2012

Perumahan 1 Malaysia (PRIMA)



      Kerajaan akan membina 42,000 unit rumah di 20 lokasi di sekitar Lembah Klang, Rawang dan Seremban di bawah skim Perumahan 1Malaysia (PR1MA) yang diperuntukkan untuk golongan isurumah berpendapatan di antara RM2,500 hingga RM6,000 sebulan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melancarkan fasa pertama PR1MA di Putrayaja, Isnin, turut mengumumkan pembeli rumah berkenaan akan dikecualikan bayaran setem duti serta boleh mendapat pinjaman bank sehingga 105 peratus menerusi skim berkenaan.

Najib turut mengumumkan menerusi skim PR1MA juga, sebanyak 5284 unit rumah akan dibina di Putrajaya dalam tempoh lima tahun dan daripada jumlah itu 1317 unit akan dibina tahun tahun hadapan, 1107 pada 2013 dan selebihnya pada 1015 dan 2016.

"Kerajaan menyedari kesulitan yang dihadapi oleh golongan yang berpendapatan sederhana yang tidak mampu membeli rumah berharga tinggi tetapi pada masa yang sama juga tidak layak dipertimbangkan dalam program perumahan awam kos rendah sedia ada.

“Kerajaan amat prihatin terhadap kesulitan yagn dihadapi golongan ini yang tidak mampu membeli rumah berharga tinggi dan pada masa yang sama tidak layak dipertimbangkan dalam program perumahan awam kos rendah yang sedia ada.

"Pelaksanaan PR1MA ini akan dapat membantu ke arah mencapai matlamat Dasar Perumahan Negara bagi menyediakan perumahan yang mencukupi, selesa, berkualiti dan mampu milik," katanya.

Najib berkata perlaksanaan PR1MA akan ditumpukan di kawasan bandar dan pinggir bandar di seluruh negara dan sebagai permulaan ia akan dilaksanakan di sekitar Lembah Klang. Katanya, pembinaan rumah-rumah ini dirancang supaya berdekatan dengan laluan pengangkutan awam seperti LRT dan MRT untuk memudahkan rakyat mengurangkan kos pengangkutan dan berjimat untuk memperbaiki kualiti hidup.

Najib berkata kerajaan telah menggariskan beberapa garis panduan untuk pihak berkuasa tempatan dan pemaju perumahan bagi skim PR1MA, antaranya keluasan setiap unit rumah mestilah antara 800 sehingga 1400 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air.

“Harga jualan setiap unit rumah PR1MA adalah antara RM150,000 hingga RM300,000, bergantung kepada lokasi dan saiz unit. Pemohon mestilah pembeli kali pertama dan perlu mendiami kediaman itu dan pemohon boleh mendapatkan pinjaman sehingga 105% dengan tempoh bayaran balik sehingga 30 tahun. Duti setem juga dikecualikan,” katanya.

Najib berkata, bagi menyelaraskan pembinaan dan pengagihan PR1MA di seluruh negara dibuat dengan adil, satu unit khas di bawah pejabat Perdana Menteri akan ditubuhkan. “Ia bagi mengelakkan aktiviti spekulasi di kalangan pembeli yang bertujuan menjual bagi mendapatkan keuntungan serta merta,” katanya.

Dalam pelancaran itu Najib turut mengumumkan Presint 11, Putrajaya dipilih menjadi tapak pertama skim PR1MA di mana sebanyak 560 unit pangsapuri akan dibina di kawasan seluas 7.6 ekar dengan unit rumah yang berkeluasan 1006 kaki persegi dan 815 kaki persegi. Ia dilengkapi dengan dewan serbaguna, taska, tadika, surau dan lot perniagaan. – 4/7/2011- OLEH NOOR HASILAH ISMAIL.

Sumber dari : http://agendadaily.com/Nasional/prima-dilancar-42000-unit-rumah-akan-dibina-di-20-lokasi-untuk-golongan-pendapatan-sederhana.html