Monday, November 26, 2012

SISTEM PINJAMAN PERUMAHAN BERSEPADU SPPB PERCEPATKAN PROSES PINJAMAN



SISTEM PINJAMAN PERUMAHAN BERSEPADU SPPB PERCEPATKAN PROSES PINJAMAN | Pemohon pinjaman perumahan kerajaan akan menerima keputusan permohonan masing-masing serta-merta selepas butir-butir diisi secara dalam talian menerusi Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB) yang dilancarkan semalam. Bagi permohonan yang diberikan kelulusan bersyarat itu, mereka hanya perlu menyerahkan dokumen sokongan dalam tempoh 14 hari bekerja sebelum kelulusan sepenuhnya diberikan, manakala yang gagal boleh memohon semula.


ANDA BOLEH MEMOHON DISINI
Setiausaha Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan, Datuk Shuib Md Yusop, berkata sebelum ini, kakitangan awam terpaksa menunggu sehingga sebulan untuk mendapat kelulusan permohonan pinjaman perumahan masing-masing yang dilakukan secara manual. Beliau berkata, penggunaan SPPB bukan saja mempercepatkan proses kelulusan pinjaman, malah mempercepatkan permohonan pinjaman dan memudahkan semakan pinjaman selain bayaran wang proses melalui kemudahan perbankan internet serta memudahkan pemilihan insuran atau takaful.
Sehubungan itu, katanya pihaknya akan mewajibkan semua pemohon yang melakukan pinjaman perumahan kerajaan kali pertama mengemukakan permohonan menerusi sistem ini bagi memudahkan urusan. Sehingga kini, terdapat kira-kira 730,000 peminjam aktif daripada 1.2 juta kakitangan awam seluruh negara. Sebanyak RM76 bilion pinjaman diberikan sejak 1970 dengan purata pinjaman dikeluarkan berjumlah RM7 bilion setahun. Shuib berkata, sistem yang dibangunkan sendiri kakitangan Bahagian Pinjaman Perumahan itu adalah langkah penambahbaikan dalam sistem penyampaian kepada penjawat awam yang mahu memohon pinjaman. Petikan Berita Harian 18 Ogos 2011 

(sumberdari:http://www.ammboi.com/2011/08/18/sistem-pinjaman-perumahan-bersepadu-sppb-percepatkan-proses-pinjaman/ )

No comments: