Wednesday, March 13, 2013

Harga Rumah 2013 Semakin Naik. Isi rumah Gaji RM6,000 Sebulan Sukar Beli Rumah di Lembah Klang!


Harga Rumah 2013
Harga Rumah 2013 : Harga rumah di Malaysia semakin meningkat daripada hari ke sehari termasuklah juga di sekitar Lembah Klang. Kenaikan harga rumah yang berlaku sekarang ini membebankan kalangan pembeli rumah, lebih-lebih lagi jika ia membabitkan pembeli rumah pertama. Memang sukar untuk membeli rumah di kawasan bandar terutamanya Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Realiti yang berlaku sekarang ini…
Jikalau dapat beli rumah di sekitar Lembah Klang sekalipun ada kemungkinan samada :
  1. sama ada memang dilahirkan sebagai anak orang kaya atau
  2. membuka perniagaan sendiri atau
  3. memang bertuah mempunyai gaji permulaan yang tinggi.
  4. nak harapkan duit makan gaji? lambat….

Harga Rumah 2013 : Berapakah Kadar Gaji Yang Sesuai?

Kebanyakan yang dapat memilki rumah sendiri, sebenarnya mereka ini sudah 5-10  tahun bekerja. Itupun lokasi rumah yang mampu dimiliki hanya sekadar di pinggir bandar sahaja. Walaubagaimanapun, jika dengan gaji RM6,000 sebulan masih lagi berhajat memiliki rumah di sekitar lembah Kajang. Nasihat kami lupakan sahajalah. Jadi jikalau dengan gaji RM6,000 pun masih tidak boleh, adakah kami semua perlu memperolehi gaji yang mencecah RM10,000 sebulan seorang untuk memiliki rumah di sekitar Klang Valley (Lembah Klang)?
Jawapannya belum tentu….jika anda melihat jadual harga rumah seperti di bawah ini. Ia menunjukkan kadar harga rumah sekitar 2011, bagaimana pula harga rumah 2013 di sana?
harga rumah tahun 2013
Seringkali juga kita disajikan dengan berita-berita hartanah yang kononya, menampakkan bahawa ekonomi Malaysia semakin meningkat dan sebagainya.Walhal, apa yang berlaku adalah sebaliknya.Baca kenyataan akhabar di bawah:
Harga rumah 2013 : Golongan berpendapatan sederhana rendah yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM6,000 sebulan berdepan kesukaran memiliki kediaman sendiri berikutan keghairahan pemaju dan spekulator yang mengambil sikap mementingkan diri dengan menaikkan harga rumah secara keterlaluan terutama di Lembah Klang.
Setiausaha Agung Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan, Chang Kim Loong berkata, keluarga dengan pendapatan sebanyak itu hanya mampu membeli rumah yang berharga sekitar RM200,000 sedangkan boleh dikatakan tiada lagi unit baru yang dibangunkan dengan harga terbabit.
“Bagi isi rumah dengan pendapatan bulanan RM6,000 di mana kedua-dua pasangan bekerja, mempunyai sebuah kenderaan dengan seorang anak selain tanggungan kepada ibu bapa, akan mempunyai baki untuk simpanan kira-kira RM150 saja sebulan sekiranya mereka membeli rumah berharga RM400,000 seperti yang banyak dijual kini,” katanya.
Sumber : Harian Metro
Hartanah Malaysia 2013
Jikalau ditanya pemain industri hartanah di Malaysia seringkali mengatakan harga hartanah di Malaysia masih lagi murah, masih lagi rendah berbanding beberapa negara jiran kita. Hakikatnya kenyataan seperti itu adalah mengelirukan rakyat Malaysia yang berkobar-kobar untuk memilki rumah sendiri. Kenaikan mendadak harga rumah dan hartanah semenjak beberapa tahun lalu adalah sangat tidak masuk akal dan seseorang yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan akan mendapati sukar untuk menampung kos sara hidup di Kuala Lumpur hari ini.

Harga Rumah 2013 : Pembeli Rumah Mangsa Spekulator

Apatah lagi, kalau diikutkan masalah harga rumah ini bukanlah perkara dan isu baru. Berulang-ulang kali. Spekulasi mengenai harga rumah memang melampau-lampau sekarang ini. Rata-rata pemaju perumahan yang dahulunya, mungkin mengambil hanya 30% keuntungan dari harga jualan rumah, sekarang sudah mula mengambil 60% (walaubagaimanapun ini pun sudah menjadi kebiasaan pemaju hari ini). Kebiasaannya 100%, malah ada yang sampai 150% margin keuntungan untuk harga rumah.
Rumah-rumah yang kosnya sekitar RM 100,000, sudah meningkat menjadi RM 250,000 atas “kerakusan” pemaju perumahan dan juga spekulator yang seolah-olah, berpakat dalam hal ini. Itu belum termasuk dengan masalah rumah atau projek terbengkalai, yang akhirnya menyebabkan pembeli-pembeli rumah menanggung hutang dan banyak lagi perkara-perkara yang menyusahkan.
Namun dengan cadangan kerajaan untuk melaksanakan konsep Bina Dahulu & Jual Kemudian (BTS) menjelang tahun 2015 kelak, kami pasti isu mengenai projek terbengkalai akan dapat diatasi sedikit demi sedikit. Ada beberapa cadangan yang ingin kami utarakan kepada kerajaan, dalam membendung masalah kenaikan harga rumah yang melampau ini.
  1. Mengenakan Levi sebanyak 30% atas harga jualan untuk pembeli rumah yang menjual rumah kurang dari 5 tahun pemilikan.
  2. Menambah-baik sistem pengangkutan di antara negeri-negeri(Cth: Membina sistem keretapi laju)
  3. Dalam pada masa yang sama kadar inflasi harus dibendung oleh pihak kerajaan.
  4. Kelonggaran kerajaan berkenaan cukai keuntungan harta tanah (CKHT) & kelonggaran bank pusat ke atas dasar pinjaman dan garis panduan mengenai pinjaman perumahan sebelum ini telah menimbulkan terlalu banyak aktiviti spekulatif dalam industri hartanah.
Bagaimana nasib orang awam yang hanya bergaji tidak sampai RM 2500 sebulan. Belum tentu lagi dapat beli rumah dalam waktu sekarang. Selagi masalah spekulasi dan levi tidak dikenakan, pastinya harga rumah pada tahun-tahun akan datang bertambah meningkat dan makin menyukarkan rakyat untuk memiliki rumah sendiri.

sumber dari : http://beritasemasa.com/harga-rumah-2013

No comments: