Saturday, March 23, 2013

Pengosongan Tangki Septik

  

  Sistem pembetungan yang banyak terdapat di Malaysia ialah tangki septik individu. Dianggarkan lebih kurang 1.2 juta premis mempunyai tangki septik individu. Tangki septik individu yang sempurna iaitu mengikut Piawaian Malaysia - MS1228 mempunyai 3 sehingga 4 penutup logam bersegi empat tepat lazimnya berada di luar kawasan premis samaada di bahagian hadapan, belakang atau tepi premis. Tangki septik juga dikenali sebagai kerek/palong, tandas curah, atau apa-apa sistem pembetungan yang ditentukan oleh SPAN.
Adakalanya, tangki septik tersebut berada di dalam premis yang telah diubahsuai. Kumbahan (najis) yang mengalir ke dalam tangki septik tidak menjalani rawatan sepenuhnya dan oleh itu tangki septik perlu dikosongkan secara berjadual, setiap tiga tahun sekali untuk memastikan ianya berfungsi dengan efisien.



Majaari menyediakan perkhidmatan pengosongan tangki septik dengan mengambilalih tugas dan perkhidmatan yang sebelum ini dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri Kelantan. Majaari mensasarkan untuk menyediakan perkhidmatan secara profesional dan terbaik kepada seluruh penduduk negeri Kelantan. Caj perkhidmatan yang dikenakan adalah munasabah dan berpatutan bagi memastikan perkhidmatan lebih efisien dan pengurusan enapcemar dapat dilakukan dengan sempurna.

Agensi Perakuan Pembetungan
Majaari sebagai Agensi Perakuan Pembetungan (APP) yang dilantik oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi memberi perkhidmatan memproses dan memperakukan kelulusan pelan-pelan sistem pembetungan, loji rawatan kumbahan, stesen pam, rangkaian pembetungan , sambungan paip dan tangki septik.

Fungsi dan Skop Kerja Perkhidmatan APP
  1. Mengkaji cadangan perancangan sistem pembetungan termasuk
    • memberi ulasan keperluan pembetungan ke atas permohonan tukar syarat atau pecah sempadan bagi mana-mana pembetungan
    • memberi ulasan ke atas permohonan kebenaran merancang serta pelan bangunan sekiranya diperlukan
    • menyelaras permohonan sistem pembetungan untuk skim-skim pembangunan di suatu kawasan perkitaran
    • mengadakan perundingan dan menasihati pemaju atau wakil arkitek atau jurutera
    • memastikan kecukupan laporan dan lukisan yang dikemukakan
    • menyemak cadangan perancangan supaya selari dengan keperluan perancangan pembetungan.
  2. Menguruskan Maklumat Perancangan Data Pembetungan-loji rawatan kumbahan, stesen pam, rangkaian pembetungan, sambungan paip dan tangki septik.
  3. Mengkaji Cadangan Rekabentuk Sistem Pembetungan yang dikemukakan oleh Orang Yang Berkelayakan (Qualified Person) bagi mematuhi garispanduan dan standard termasuk menyedia dan memberi ulasan atau kelulusan bagi pihak SPAN.
  4. Mengadakan pemeriksaan perantara termasuk pemeriksaan di pelbagai peringkat pembinaan selaras dengan lukisan  yang diluluskan serta penggunaan produk yang diluluskan oleh SPAN.
  5. Mengadakan pemeriksaan terakhir dan memberi surat pengesahan bagi tujuan pengeluaran sijil perakuan siap dan pematuhan (certificate of completion and compliance-CCC).
  6. Mewakili SPAN di pelbagai mesyuarat berkaitan dengan pembangunan baru dan kerja-kerja pembetungan yang dianjurkan oleh PBT, Pusat Sehenti (One Stop Centre) dan lain-lain agensi.
  7. Sentiasa mematuhi, mengamalkan dan menggunapakai garispanduan, akta-akta berkaitan sistem pembetungan.
    untuk maklumat lebih lanjut boleh lah melayari http://www.majaari.com.my untuk keterangan yang lebih lanjut.

sumber dari : http://www.majaari.com.my


No comments: