Tuesday, April 9, 2013

PINJAMAN KERAJAAN VS PINJAMAN BANK




Pernahkah anda tertanya antara pinjaman perumahan kerajaan dengan pinjaman bank yang MANA PILIHAN TERBAIK?
Daripada pengetahuan saya sendiri, kadar faedah pinjaman perumahan kerajaan adalah 4% dan bank dengan kadar faedah antara 5%-7% bergantung kepada jumlah pinjaman.  Kadar faedah bagi pinjaman perumahan setiap bank adalah tidak sama.
Sememangnya kami akui bahawa membuat Pinjaman Perumahan Kerajaan itu lebih mudah berbanding pinjaman perumahan dengan Institusi Kewangan lain.  Dengan memilih membuat pinjaman bersama kerajaan ia merupakan jalan yang bijak dan tiada cacat celanya.  Istilah menarik untuk pinjaman perumahan adalah sangat subjektif dan secara keseluruhanya bergantung kepada objektif dan kemampuan bakal pembeli hartanah terbabit.  Sebenarnya, tiada satu pun pakej pinjaman perumahan yang boleh memenuhi semua kehendak pelabur.  Setiap pakej mempunyai keistimewaan dan kekurangan masing-masing (plus & minus point) bergantung kepada objektif bakal pelabur.
Eleman-eleman utama yang perlu diutamakan dalam memilih pakej pinjaman perumahan ialah :
Kadar Faedah..

Jika saudara adalah kakitangan kerajaan, adalah amat berbaloi
menggunakan kemudahan pinjaman kerajaan.  Ini kerana faedah pinjaman berkadar tetap pada kadar 4% amatlah baik dan tidak ditawarkan oleh mana-mana institusi kewangan yang lain.
Pada masa yang sama kaedah pengiraan faedahnya pula berdasarkan ‘baki pinjaman tertunggak pada kadar baki yang berkurangan’ dan ini amatlah menguntungkan kakitangan kerajaan yang menggunakan kemudahan ini.  Sekiranya berpeluang guna kemudahan pinjaman perumahan kerajaan, dapatkannya kerana ianya amat berbaloi…


Jika ingin memilih pinjaman perumahan dari institusi kewangan, pastikan ianya menggunakan kadar harian atau ‘daily rest’ yang mana pengiraan faedahnya dikira ke atas ”reducing balance”. Biasanya kadar faedahnya dikira berdasarkan BLR semasa yang pasti turun dan naik mengikut ekonomi semasa yang pastinya kadar faedahnya lebih tinggi berbanding pinjaman perumahan kerajaan yang dikenakan pada kadar tetap 4% sepanjang tempoh pinjaman.
Kadar BLR untuk setiap bank patut disemak terlebih dahulu dan seterusnya menilai pakej pinjaman yang ditawarkan. Semakin rendah kadar faedah, maka jumlah faedah yang perlu dibayar sepanjang tempoh pinjaman akan menjadi lebih sedikit.
Bagi pakej pinjaman Islamik, kadar faedah akan ditetapkan pada 10% maksimum walaupun BLR bank terbabit meningkat sehingga 13%. Kebanyakan bank-bank utama seperti CIMB dan Public Bank menawarkan pakej Islamik seperti ini.

Perlindungan..

Untuk Pinjaman bersama Institusi Kewangan lain (BANK) tidak akan menerima mana-mana peminjam yang berusia atau pun sudah tua.  Pinjaman bersama Institusi Kewangan lain akan menolak pinjaman jika pembeli menghadapi penyakit kritikal seperti Strok, Kanser dll.  Tetapi…
Kalau kita lihat perbezaan dari segi Pinjaman Kerajaan amatlah berbeza kerana kerajaan akan memberi perlindungan kepada peminjam, sebagai contoh untuk kes bunuh diri dan gila.  Kerajaan juga akan melindungi pasangan jika berlakunya kematian pada pihak pasangan atau anak.



(Free underwriting bermaksud untuk penyakit kritikal akan terus  diberi perlindungan tanpa perlu membuat pemeriksaan kesihatan secara terperinci)
(CTOS- Credit Tip Off Service, agensi yang mengumpul maklumat jika terdapat bankrupsi dan saman terhadap individu atau syarikat dan maklumat tersebut akan didaftarkan ke dalam pangkalan elektronik mereka)
(CCRIS-Central Credit Reference Information System, sistem pangkalan data berkomputer yang menyimpan maklumat yang telah dilaporkan oleh setiap institusi kewangan)
Kebanyakan bank mengenakan kadar faedah berdasarkan BLR (Base Landing Rate) atau BFR (Base Financing Rate). Sekiranya kadar BLR atau BFR ini naik, bank akan memanjangkan tempoh pinjaman atau meminta peminjam untuk menambahkan amaun bayaran bulanan. Berikut adalah Kadar Pinjaman Asas (Base Lending Rate) terkini yang ditawarkan oleh institusi perbankkan di Malaysia yang telah dikemaskini oleh Banking Info pada 17/11/2011 untuk dijadikan rujukan.

Base Lending Rate (BLR & BFR)


No. Banking Institution
With Effect From
BLR (% p.a.)
1 Affin Bank Berhad
12/05/2011
6.60
2 Alliance Bank Malaysia Berhad
13/05/2011
6.60
3 Alliance Islamic Bank Berhad
15/08/2011
6.60
4 AmBank (M) Berhad
13/05/2011
6.60
5 Bangkok Bank Berhad
13/05/2011
6.60
6 Bank of America Malaysia Berhad
13/07/2010
6.30
7 Bank of China (Malaysia) Berhad
21/11/2011
6.60
8 Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ (Malaysia) Berhad
11/05/2011
6.25
9 CIMB Bank Berhad
11/05/2011
6.60
10 Citibank Berhad
16/05/2011
6.60
11 Deutsche Bank (Malaysia) Berhad
13/05/2011
6.50
12 EON Bank Berhad
13/05/2011
6.60
13 Hong Leong Bank Berhad
13/05/2011
6.60
14 HSBC Bank Malaysia Berhad
12/05/2011
6.60
15 J.P. Morgan Chase Bank Berhad
15/07/2010
6.20
16 Malayan Banking Berhad
11/05/2011
6.60
17 OCBC Bank (Malaysia) Berhad
12/05/2011
6.60
18 Public Bank Berhad
11/05/2011
6.60
19 RHB Bank Berhad
11/05/2011
6.60
20 Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
13/05/2011
6.60
21 Sumitomo Mitsui Banking Corporation
13/05/2011
6.55
22 The Bank of Nova Scotia Berhad
16/05/2011
6.60
23 The Royal Bank of Scotland Berhad
12/05/2011
6.25
24 United Overseas Bank (Malaysia) Berhad
12/05/2011
6.60


 

FORMULA
1) Jumlah bayaran balik
= (jumlah pinjaman x kadar faedah x tempoh pinjaman ) + jumlah  pinjaman
                                        tempoh pinjaman (dalam bulan) 
2) Pendahuluan (deposit ) = 10%  x harga rumah/pinjaman.
 

Nota / panduan :
1)      Bagi institusi kewangan yang menawarkan sistem perbankan syariah, kadar Base Finance Rate (BFR) adalah sama dengan Base Lending Rate (BLR) yang membezakan hanya pada harga jualan iaitu islamik banking adalah lebih murah berbanding bank konvensional.
2)      Kadar Faedah Pinjaman Perumahan kerajaan - 4.00%
3)      Pengiraan ini hanyalah cadangan semata-mata ia mungkin berbeza sedikit dari jumlah bayaran bank sebenar anda.
4)      Jumlah bayaran bulanan adalah tidak termasuk dengan jumlah bayaran perlindungan takaful.
PERSOALAN???
Ramai orang yang bertanya tentang pertukaran pinjaman dari pinjaman bank ke pinjamaan bank. Mengapa hal ini berlaku?? Kenapa orang bersusah payah mengambil pinjaman bank kemudian bertukar kepada pinjaman kerajaan???
Antara faktor-faktor yang menyebabkan peminjam menukar dari pinjaman bank ke pinjaman kerajaan kerana:
1) Peminjam belum disahkan jawatan. Peminjam yang masih baru dalam pekerjaan dan belum disahkan jawatan tidak boleh memohon pinjaman dari BPPP.
2) Mengambil kesempatan dengan harga rumah yang masih rendah.
3) Lokasi rumah yang dibeli berdekatan dengan tempat kerja.
4) Peminjam jatuh cinta dengan rumah yang dibeli.
Setelah disahkan jawatan dan kerap kali kakitangan kerajaan akan memohon pinjaman kerajaan kerana pinjaman kerajaan mempunyai:
  • kadar faedah yang rendah.
  • manfaat keuntungan yang menarik.
Kesimpulannya…
  • Kadar keuntungan yang diambil oleh Kerajaan sebanyak 4% adalah berdasarkan baki berkurangan setiap bulan. Kalau nak banding dengan loan bank konvesional adalah 2%..
  • Ketika membuat bayaran balik, hutang kita akan berkurang setiap bulan dan 4% kadar faedah tersebut dikira atas baki hutang yang berkurang tersebut dan bayaran bulanan akan tetap sama setiap bulan, kerana kadar faedah tersebut telah diambil kira untuk sepanjang tempoh pinjaman.
  • Oleh itu, ramai orang telah convert dari pinjaman bank ke pinjaman kerajaan.
  • Kepada kakitangan kerajaan, setelah dibaca dan diteliti dengan kajian yang telah dibuat, kamu semua tahukan menilai yang mana satu yang lebih baik dan berbaloi untuk kakitangan kerajaan….jadi renungkan dan fikirlah apa yang terbaik…
*Artikel ini adalah sekadar panduan kasar yang berdasarkan senarai rujukan di bawah.  Jika ada percanggahan, rujukan muktamad adalah mengikut agensi-agensi yang berkaitan.

________________________________________________________________________
Disediakan oleh     : Norfarahind Md Nasir/Politeknik Port Dickson/N.Sembilan/Mac2012
Dikemaskini oleh  : Siti Zawiyah Shuib/UiTM Melaka/Melaka/Mac2013
Rujukan  :
1.  Pakar Perunding Pinjaman Perumahan Kerajaan                                                                                        Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan - En. Halim b. Dawan
2.  Bank CIMB Jalan Hang Tuah Branch – Cik Rozie Ahmad
3.  http://www.drumah.com/kalkulator-pinjaman
4.  http://www.mdanif.com/2012/02/kadar-pinjmana-asas-blr-kekal-untuk.html#axzz26pif4x5H
5.  Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Putrajaya.
6.  Bank – Hong Leong Bank dan Bank Simpanan Malaysia.

sumber dari :  http://www.mohdelam.com/mortgage-4/panduan/pinjaman-kerajaan-vs-pinjaman-bank/

No comments: